180 (9)

"Mama, Aiman mana?"

"Entahlah. Kat bilik rasanya. Tadi lepas balik makan dia terus naik atas."

"Ouh. Risa nak naik jumpa dia kejap. "

"Ok."

Marisa naik ke tingkat atas. Langkah dihentikan dihadapan pintu bilik kai. Tangan mengetuk perlahan pintu bilik tersebut.

"Ya? "

"It's me. Kak Risa."

"Come in. "

Tombol pintu dipulas. Kai terbaring di atas katil sambil mata memandang siling. Marisa senyum.

"Boleh kakak duduk?"

"Duduk la."

Kerusi ditarik sebelum Marisa duduk. Kai mengangkat tubuh dari baring. Wajah Marisa dipandang. Marisa hanya senyum.

"Kenapa tengok kakak mcam tu? "

"Man sebenarnya confuse."

"Confuse kenapa pulak dear? "

"Baru setahun Man tak balik, tapi macam2 dah berubah dalam rumah ni."

"Berubah yang macam mana? I'm still the same me. "

"Dulu mama dengan papa selalu argue even on a small thing. And you dulu..."

"Free hair? "

"Ya. Dan sekarang tudung labuh. Macam ustazah..."

"Man, hati manusia ni, Allah yang pegang. Kalau Dia nak hambaNya bergerak ke arah kebaikan, maka Dia akan gerakkan hati hambaNya ke arah kebaikan. And you should be grateful. I'm changing for good. "

"But how..."

"How what? "

"Macam mana kakak boleh tiba2 berubah jadi macam ni? Mesti ada something or someone yang buat kakak terdetik nak berubah."

"Memang pun. Sebenarnya 7 bulan lepas, kereta kakak rosak kat tepi jalan. Kawasan keliling masa tu semua hutan. Kakak takut. Ada sebuah kereta berhenti. Dua orang lelaki turun dari kereta tu."

"Lepas tu? "

"Diorang hampir buat jahat pada kakak. Nasib masa tu datang lagi sebuah kereta. Sorang lelaki turun dari kereta tu tolong kakak."

"Dia sorang je? Hebat tu. "

"Orang belajar silat dear."

"Lepas tu?"

"Dia tolong kakak. Dia tumpangkan kakak. Sampai rumah. Sebelum dia balik, dia ada pesan kat mama, papa dengan kakak. "

"Pesan?"

"Ya. Dia kata jangan terima kasih pada dia. Tapi terima kasih pada Allah. Kalau Allah tak takdirkan dia lalu jalan tu, mungkin kakak dah jadi mangsa."

"Ouh. Ustaz? "

"Aah. Malam tu, sebelum kakak tidur, kakak tiba-tiba fikir, kakak sangat sikit bersyukur. Kakak fikir balik jalan macam mana kakak nak bersyukur. Lepas tu ada kawan kakak kat tempat kerja yang tolong kakak. Tolong kakak jadi kakak yang sekarang."

"Oh.. "

"And you know what the biggest part is?"

"What? "

"Taa daa!!"

Tangan kanan diangkat. Sebentuk cincin tersarung kemas di jari manis Marisa. Kai ternganga separa.

"Kakak dah engage? Dengan sapa? "

"Orang yang selamatkan kakak la. Kakak jumpa dia bulan lepas. Sembang sikit dengan dia. Tiba-tiba minggu lepas dia hantar rombongan."

"Haha. Untung la. Bila la masa Man pulak."

"Eh, jangan nak gatal sangat. Belajar dulu. Tapi kalau nak cari calon, ok ja. Haha. "

"Ok la. Melawak ja."

"Ok. Kakak turun dulu. "

"Ok kak. Thanks for the story."

"Welcome dear. Take care. "

Marisa melangkah pergi. Kai menutup semula pintu bilik. Notification whatsapp berbunyi. Kai membaca mesej yang diterima.

"Esok event kita jangan lupa. Aku nak unleash Michael Jordan punya Skills. Kalau boleh kitorang perlukan kau Kai. 5.30 tau.
Dearest H2O."

Kai senyum. Mesej H2O dibalas. Note 4 diletakkan kembali di atas meja. Kai terus baring di atas katil. Hatinya semakin gelisah kebelakangan ni. Dia sendiri tak tahu kenapa. Note 4 dicapai semula. Jari menaip laju mesej  untuk H2O.

"Esok pagi kau free tak? Boleh kita jumpa?"

Seketika H2O terus membalas mesej tersebut.

"On! Bila? Kat mana? "

"10. Mid Valley."

"Ok. "

Note 4 diletakkan kembali ke atas meja. Kai terus memejamkan mata.
__________________________________________

"Apahal kau nak jumpa aku ni Kai?"

"Saja. Bukan selalu lepak dengan kau kan? "

"Kalau kau jumpa aku selalu mesti ada sebab."

"Huh. Ok la. Sebenarnya aku nak tanya kau. "

"Apa?"

"Pernah tak kau rasa kosong sangat hidup kau? "

"Kosong?"

"Bukan setakat kosong. Macam ada something is missing dalam hidup kau. Pernah kau rasa? "

"Tak pun."

"Series H2O. Dari semalam aku fikirkan. Aku rasa macam aku tahu puncanya. "

"Apa?"

"Aku rasa kita ni dah banyak leka. Aku rasa dah tiba masa kita kembali ke jalan yang betul."

"Wei, kau ni dah kenapa ni? Apasal kau jadi macam ni? Rilek la. Kita muda lagi kot. Enjoy your life while you own it. "

"Tapi sampai bila kita nak enjoy?"

"Dah tua nanti kita taubat la. Banyak masa lagi. "

"Kau yakin ke kau masih mampu bernafas sampai tua H2O?"

"Mestilah aku..."

"Hairi Haidar Omar! Jawab jujur apa yang aku tanya. "

"Ok. Aku tak yakin la."

"Then mungkin ini la masanya untuk kita berubah. "

"Semalam kau ada makan pil kuda ke Kai?"

"Sejahat-jahat aku, tak pernah pula rasa nak try semua illegal act tu. Please H2O. Kita dah jauh tersasar aku rasa. Bila last kau sembahyang? "

"15 tahun lepas."

"Jadi, jomlah. Sekarang masa untuk kita make changes. "

"Ermm. Nanti aku fikirkan dulu."

"It's up to you. Lepas ni kalau kau tak nak, aku takkan paksa. "

H2O meneguk air didalam cawan. Mata memandang ke wajah Kai. Wajah yang penuh tekad untuk berubah. Kepala digeleng.

#Aku sesat antara dua jalan. Tunjukkan aku jalan yang betul.
~Kai

Ulasan

Catatan Popular