180 (10)

Mata ditenyeh menahan kantuk. H2O terus melakukan touch up terakhir untuk assignment yang dah bertangguh sebulan.  Selang beberapa minit, assignment selesai. H2O bangun dari duduk sebelum tubuh dibaringkan di atas katil. Senyum terukir manis dibibir kerana lega. Sudah dua hari berlalu selepas kejadian Kai mengajak dirinya untuk berubah. Sudah dua hari, tiada apa2 perubahan yang berlaku, baik pada dirinya mahupun diri Kai. H2O hanya menggelengkan kepala mengenangkan kejadian tersebut.

"Kai2. Terkejut aku. Rupa-rupanya kau main2 ja pasal berubah tu. "

Mata semakin berat. Seketika kemudian mata ditutup rapat. H2O dibuai mimpi.
__________________________________________

Kaki melangkah masuk ke dalam masjid. H2O memandang keadaan di dalam masjid. Satu jemaah sedang mendirikan solat jenazah. H2O melangkah ke depan jemaag. Satu tubuh terbaring kaku dihadapan imam. Wajah disebalik kain kafan dilihat. Mata H2O terbeliak saat melihat wajah jenazah tersebut adalah wajahnya sendiri. Jeritan mengisi segenap ruang masjid.
__________________________________________

"Woi! H2O! Bangunlah! "

Mata terbuka. Dilihat Kai dan Titan duduk disebelah. H2O segera mengangkat tubuh dari katil.

"Korang buat apa kat sini?"

"Buat apa? Kau tau tak, jerit kau tu, orang bawah pun boleh dengar tau. Kau pehal ni? "

"Aku... Mimpi kot..."

"Tu.. Basah katil tu. Kau kencing ea? "

"Hoih. Mana ada! Peluh tu. Tengok ni."

"Tau2. Tak payah bagitau. Ni kitorang balik bilik dulu. Elok2."

Kai dan Titan melangkah ke arah pintu. Seketika H2O bangun dari katil menuju ke arah mereka berdua.

"Kai, Titan. Nak tumpang bilik korang malam ni. Boleh? "

"La, bukan ada hantu pun."

"Please. Malam ni ja. "

Kai dan Titan berpandangan antara satu sama lain. Kai mengangguk sebelum melangkah pergi. Titan berjalan ke arah H2O.

"Jom lah."

"Thanks. "

Pintu bilik ditutup. H2O mengikut Titan dan Kai. Malam tersebut berlalu meninggalkan mereka.
__________________________________________

Kai, Titan dan H2O masih lagi di kedai mamak pusing. Kai memandang wajah H2O. Pucat dan resah. Bukan seperti H2O yang selalu. Titan melirik jam di tangan. Segera air didalam cawan diteguk sehingga habis.

"Yang kau kelam kabut sangat ni apehal Titan? "

"Sorry la Kai. Aku nak kena jumpa Madam Sakinah ni. Hari tu project yang aku bincang dengan dia tu belum settle lagi. Aku gerak dulu tau. Tolong bayar. Nanti aku bayar balik."

"Ok. "

Titan meninggalkan H2O dan Kai di meja makan. Kai memandang semula ke wajah H2O. Masih pucat. Dia cuba untuk membaca apa yang tersirat disebalik wajah tersebut.

"H2O, kau ok tak?"

"Ok ja. "

"Your face does not tell the truth. Kau ada masalah?"

"Kau ingat tak pasal semalam? "

"Kenapa?"

"Semalam, I've got a terrible dream. "

"About?"

"Entah la. Aku masuk masjid. Then, aku nampak mayat aku tengah disembahyangkan di depan jemaah. Aku... Aku jadi takut. "

"Mimpi tu kan mainan syaitan? Dah. Jangan difikirkan sangat."

"Macam mana kalau aku kata mimpi aku tu bukan mainan syaitan? "

Kai diam. Pandangan ditunduk ke bawah sebelum diangkat semula memandang wajah H2O.

"Lepas tu?"

"Entah la. Aku serabut sekarang ni. Aku tak tau apa nak buat. "

"Sekarang ni satu ja. Kau balik dulu. Kau rehat kat rumah. Esok baru datang kelas. Tenangkan fikiran kau tu."

"Aku cuba. "

"Dah, jom. Sejam lagi ada kelas dengan Madam Anita pulak kan? Jom."

"Aku absent hari ni. Bagitau Madam yang aku MC. "

"Ok la."

Kai melangkah ke arah motor. Seketika Note 4 berdering. Nama pemanggil dilihat pada skrin. Safiyya. Jari menekan butang hijau pada skrin.

"Hello? Fiyy, kenapa call? "

"Hello. Ni Mu'az. Abang Fiyy."

"Oh,mintak maaf. Kenapa ya?"

"Awak ada jumpa Fiyy tak? "

"Tak pun. Kenapa dengan Fiyy?"

"Fiyy tak balik dari semalam.."

"Hah? "

#Hidayah Allah ni, datang dalam macam2 keadaan. Sama ada secara kau sedar, atau kau tak sedar.

Ulasan

Catatan Popular