Allah ada
Terkadang aku rasa macam aku ni tak wujud pun. Bila geng2 buat friend's outing dan aku join. Bila aku bukak satu topik orang tak layan. Mungkin aku ni banyak sangat cakap. Orang pun jemu. Kadang2 pandangan yang depa bagi kat aku buatkan aku rasa mungkin aku patut pergi daripada hidup depa. Daripada hidup semua orang. Aku rasa hidup aku menyusahkan orang ramai. Even though kawan baik aku sendiri. Aku rasa diam adalah jalan terbaik. Aku tak tau sebab apa tapi aku rasa macam aku ni tak bawa manfaat pada orang. Kadang2 aku dok sendiri aku terfikir, patut ka aku jauhi semua orang. Aku tak suka hidup seorang diri. Tapi bila ada kawan, aku la yang paling menyusahkan. Aku nak selesaikan masalah depa aku pun tak reti. Aku...
Aku tak faham perasaan aku sendiri sekarang ni. Aku keliru.
Pada satu hari aku terjumpa dengan seorang lelaki. Nampak macam pengemis. Aku cuba bersembang dengan dia. Dia cerita kisah hidup dia kat aku dan aku terkejut. Dia tak dak harta, dia tak dak keluarga, dia tak dak kawan2 dan dia tak dak Sapa2 pun keliling dia. Aku tanya dia macam mana dia boleh survive sampai sekarang. Dia kata, aku ada Allah. Dia kata dia tau Allah akan bersama dia sampai hujung nyawa dia. Aku nangis dengaq dia kata macam tu. Aku cuba hulur sedikit duit kat dia tapi dia tolak. Dia kata dia tak mau jadi pengemis. Dia nak makan hasil usaha kerja dia sendiri. Aku tengok dia hanya jual keropok satu bungkus besar RM 2.50. Dalam keadaan dia yang buta dia mampu lagi cari rezeki. Aku yang sempurna ni pun asyik dok menyusah orang lain. Aku beli sebungkus keropok tu. Minggu seterusnya aku mai cari dia lagi tapi aku terkejut bila orang2 kat situ bagitau dia dah meninggal masa sujud di masjid. Aku tak tau tapi tiba2 air mata aku menitis. Aku tak tahan lagi. Aku kagum dengan dia yang tak putus asa dengan hidup dan berusaha tak susahkan orang lain. Sedang aku ni tak macam dia. Ya Allah, aku harap Kau sentiasa bersama aku Ya Allah. Tak kira susah atau senang. Aku harap Kau permudahkan urusan aku selepas ni. Bagi aku menjadi orang yang baik. Amin..
Ulasan
Catat Ulasan