M.S.F.: One shot

Iffat berjalan berhati-hati mengikut arah yang dipancarkan melalui jam tangan yang dipakai. Langkahnya membawanya ke arah sebuah rumah usang tiga tingkat tidak berpenghuni.

Iffat berhenti agak jauh dari kawasan rumah tersebut untuk meninjau keadaan sekeliling. Menurut laporan yang diterima, orang akan mula berkumpul di rumah tersebut tepat jam 6 petang bagi memulakan upacara menyembah syaitan. Tugasnya hanya perlu menyuruh mereka untuk berhenti dan mengajak mereka pulang ke pangkal jalan. Namun, jika mereka melawan, dia dibenarkan menggunakan kekerasan. Jam di tangan dilirik sekilas. Pukul 5.45 petang. Tangan kanan menekan radio pada telinga kanan.

"Iffat di sini."

"SA 09. Laporan."

"Aku datang terlalu awal kot. Diorang berkumpul tepat pukul 6 kan? Masih berbaki 15 minit."

"Laporkan tentang keadaan sekeliling."

"Sekeliling ok. Dua orang lelaki mengawal di bahagian depan. Seorang bersenjatakan M16. Seorang lagi bersenjatakan AK47. Nak masuk ke dalam rumah tu perlukan sekeping pas masuk."

"Pas masuk?"

"Yup. Pas masuk bersaiz buku passport. Lisa, aku perlu tau struktur rumah tu."

"Rumah tu tiga tingkat. Upacara penyembahan akan dilakukan pada tingkat tiga dalam sebuah bilik khas. Tiada jalan masuk lain kecuali pintu depan. Kau kena berhati-hati SA 09. Bilangan diorang agak ramai. Di tingkat satu dan tingkat dua pun ada orang jaga. Yang terlibat sekali dalam upacara penyembahan pun ada ramai. Kau kena ambik langkah bijak."

"Jangan risau. Aku akan cuba selesaikan semua ni sebelum pkul 7.30."

"Sebelum pukul 7."

"Takde hal."

Talian dimatikan. Beretta disisip kemas pada pinggang belah kiri manakala sig sauer disisip di sebelah kanan. Jaket labuh disarung. Pukul 6 petang, Iffat menghampiri pintu masuk. Kedua-dua orang lelaki yang mengawal di pintu masuk terus menahan Iffat dari masuk.

"Kau nak ke mana tuan? Sini adalah kawasan larangan."

"Eh? Kawasan larangan? Father Joseph jemput saya ke sini untuk menyambut kepulangan Meritus Ember."

"Kalau macam tu, tunjukkan kami pas kau."

Iffat melepas nafas panjang. "Kejap." Tangan diselup ke dalam beg galas yang dibawa bersama. Dua butir bola kecil digenggam. Mulut terkumat kamit melafazkan bismillah dan selawat.

"Ada pas tak?" seorang daripada lelaki tersebut telah bersedia untuk mengacukan muncung M16 ke dahi Iffat. Dengan pantas Iffat menolak muncung M16 dan buku lima dihayunkan tepat mengenai halkum. Kaki kemudian pantas menendang perut lelaki yang memegang AK47. Sebutir bola kecil kemudian dilekatkan pada leher lelaki tersebut menyebabkan badannya terkena renjatan. Lelaki yang berada di belakang cuba untuk berdiri namun pantas Iffat menendang lutut lelaki tersebut sebelum sebutir lagi bola kecil dilekatkan pada leher. Lelaki tersebut turut tumbang. Badan salah seorang lelaki tersebut diperiksa. Pas masuk diambil dan Iffat terus bergerak masuk ke dalam rumah.

Pas masuk perlu dipamerkan pada setiap tingkat. Dia berjaya sampai pada tingkat tiga. Sebaik sahaja memasuki bilik upacara, dia terlihat Meritus Ember, api yang dianggap tuhan oleh sekalian hadirin diletakkan di atas pentas. Hadirin berdiri dan mendepangkan tangan sambil mulut terkumat kamit membaca mantera. Iffat bergerak ke arah pentas. Father Joseph lantang bercerita berkenaan Meritus Ember.

"Api ni dah menyala selama 600 tahun. Sehingga hari ini, ia masih menyala. Seolah-olah ia murka dengan tindakan manusia bodoh pada hari ini, yang tidak mengagungkan dia sebagai tuhan!"

Iffat ketawa kecil. Budak kecil pun boleh fikir lagi waras dari orang tua. Iffat bermonolog sendirian.

"Untuk meredakan kemurkaannya, kita perlu membayar sebanyak RM 5000 seorang kepadanya berserta korbankan satu nyawa. Ini sebagai tanda kesetiaan kita kepadanya!"

Iffat tergamam. Matanya membulat saat mendengar ayat itu. Hadirin yang hadir menangis sambil bersuara tanda setuju untuk mengikat taat setia dengan tuhan mereka. Tumpuan Iffat masih di hadapan. Kelihatan dua orang lelaki berkelubung membawa seorang wanita yang diikat tangan dan kakinya dan ditutup mulutnya ke hadapan. Wanita tersebut cuba untuk melawan namun tidak berdaya. Dari raut wajah, wanita itu sebaya dirinya.

"Seperti biasa, kita akan sembelih korban. Darah korban akan ditadah dan dituang ke dalam Meritus Ember!"

Semua hadirin bersorak girang. Father Joseph mencapai pisau dan diletakkan pada leher wanita tersebut. Iffat mengetap bibir. Wanita tersebut kelihatan pasrah. Mata dipejam rapat dengan air mata yang mengalir laju di pipi. Saat pisau hampir saja menjamah kulit leher, Iffat bersuara.

"Sekejap!"

Setiap yang ada di dalam bilik upacara menoleh memandang Iffat.

"Kenapa perlu korbankan perempuan ni? Macam mana korbankan perempuan ni dapat menjamin keselamatan hidup kita semua dekat sini?"

"Sebab Meritus Ember dah murka! Kalau kita tak lakukan korban, dia akan bertambah murka!"

"Seriously? Aku boleh buktikan yang api ni sekadar api. Sudah laa Father Joseph. Kembali ke pangkal jalan."

"Ini bukan api biasa! Ini Meritus Ember! Tuhan kemusnahan!"

Iffat berjalan ke hadapan sambil membawa segelas air. Dituang air tersebut ke atas Meritus Ember dan menyebabkan api tersebut terpadam. Suasana bilik tersebut sunyi seketika.

"See? I told ya. Kalau betul api ni tuhan, maksudnya tuhan tu lebih lemah dari manusia. Hakikatnya tuhan itu yang maha agung. Maha perkasa. Takkan mudah tuhan itu ditumbangkan oleh sesuatu yang diciptaNya."

Pisau pada tangan Father Joseph diambil. Perlahan Iffat berjalan ke arah wanita tersebut sebelum dia memotong ikatan pada kaki dan tangan.

"Tiada tuhan selain Allah. Hari ni aku menyeru korang semua untuk kembali bersujud dan berserah kepada Allah kerana hanya Dia zat yang layak disembah. Jom semua. Kembali ke pangkal jalan. Apa kata korang?"

"Kau dah hapuskan Meritus Ember. Hanya ada satu jalan pengampunan bagi kau. Mati!"

Setiap orang yang berada di dalam bilik tersebut mengeluarkan sepucuk pistol. Iffat terbeliak. Father Joseph mencapai Uzi.

"Bunuh dia!"

Iffat menarik lengan baju wanita tersebut untuk berlindung di sebalik tiang. Butir peluru menghujani tiang tersebut. Iffat mencapai Sig Sauer. Tangan menyeluk ke dalam beg dan mengeluarkan sepucuk Heckler dan dihulurkan ke arah wanita tersebut.

"Pernah bunuh orang? Tembak orang?"

Wanita tersebut menggeleng.

"Ambik ni. Rasa terancam, lepaskan tembakan."

Saat hujan peluru berhenti, Iffat pantas keluar dan melepaskan tembakan. Seorang demi seorang tumbang ditembusi peluru.

"Pergi ke dinding sana cik! Aku lindung kau! Dinding tu dah nak hancur!"

Wanita tersebut menurut sebelum bergerak ke dinding lain. Iffat turut sama berlindung di balik tiang. Sig sauer kemudian dibuang ke tepi. Hujan peluru kembali menghentam tiang tempat Iffat berlindung. Terus dia berguling ke arah salah satu mayat dan mencapai pistol di lantai. Tembakan dilepaskan tepat mengenai sasaran. Seorang lelaki yang berada berhampiran ditumbuk sebelum badan lelaki tersebut dijadikan perisai. Tangan pantas menukar pistol saat dia kehabisan peluru. Seorang perempuan yang keluar dari perlindungan untuk menembak ditendang sebelum peluru dilepaskan menembusi dada. Seorang lagi lelaki yang berada di kanan ditembak kaki dan ditendang kepalanya sehingga pengsan. Pistol dicapai dan Iffat berlindung semula disebalik dinding.
Beretta pada pinggang kiri dilihat.

"I'm saving you for something bigger. Just wait."

Peluru pistol yang dipegang diperiksa. Masih berbaki enam butir peluru. Iffat menjengul mengira jumlah yang masih berbaki. 15 orang termasuk Father Joseph dan dua lelaki berkelubung. Iffat cuba mencari sosok wanita yang diselamatkannya sebentar tadi. Kelihatan dua orang lelaki sedang menghampiri wanita tersebut. Pantas Iffat keluar dari tempat berlindung sebelum melepaskan sedas tembakan tepat mengenai lelaki yang berada di sebelah kiri. Wanita tersebut terkejut dan terus menembak lelaki di sebelah kanan. Kedua-duanya tumbang. Iffat mendapatkan wanita tersebut.

"Cik ok tak?"

"O...Ok.."

"Cik nama apa?"

"Sa.. Sajidah.."

"Baik, Sajidah. Dengar sini. Kita akan keluar dari sini dengan selamat. Jangan risau."

"Macam mana awak yakin kita akan hidup?"

"Kita tawakkal pada Allah. Kalau kita mati sekalipun, kita mati dalam memperjuangkan agamaNya."

Iffat berdiri dengan pistol kemas dalam genggaman. Sajidah menurut. Iffat terus keluar dari tempat berlindung dan melepaskan tembakan.

Dua das dilepaskan tepat mengenai dua orang yang berada di sebelah kanan. Dua butir lagi peluru tepat mengenai dua orang yang berada di sebelah kiri. Iffat kemudian berlari menyerang lelaki yang berdiri di hadapan. Tumbukan diledakkan ke muka sebelum sebutir peluru dilepaskan ke dada. Pistol lelaki tersebut dicapai. Lapan orang berbaki. Dua das tembakan dilepaskan pada seorang lelaki memakai kemeja hitam dan seorang wanita berbaju merah. Terdengar bunyi empat das tembakan di belakang. Iffat segera menoleh. Dua orang lelaki yang cuba menyerangnya secara senyap tumbang. Sajidah melepaskan tembakan dengan mata yang tertutup pada mereka berdua. Iffat senyum. Sebutir lagi peluru dilepaskan melalui tepi pipi Sajidah sebelum menembusi leher wanita yang cuba menyerang Sajidah dari belakang. Iffat mengacukan semula pistol ke hadapan. Father Joseph bersama dua lelaki berkelubung. Father Joseph meletakkan Uzi. Dua lelaki berkelubung tidak memegang senjaga dari tadi. Iffat melepaskan pistol dalam genggaman.

"Perlawanan adil ke? Aku ok je."

Dua lelaki berkelubung berlari ke arah Iffat. Yang di sebelah kanan cuba menendang manakala yang di sebelah kiri cuba menumbuk. Iffat pantas mengelak. Buku lima kemudian dihayunkan ke arah lelaki yang berdiri di sebelah kanan sebelum siku dihentak pada kepala lelaki di sebelah kiri. Pengsan lelaki di sebelah kiri. Iffat terus menumbuk perut lelaki yang tinggal sebelum lutut hinggap pada muka lelaki tersebut. Secara mengejut, sebutir peluru menembusi lengan kiri Iffat. Iffat menoleh. Father Joseph senyum.

"Riwayat kau tamat di sini!"

Dua das lagi tembakan dilepaskan namun pantas Iffat mengelak. Segera dia berlari ke arah Father Joseph. Lutut dihentak pada halkum sebelum Beretta dikeluarkan dan peluru dilepaskan menjamah tempurung kepala Father Joseph. Father Joseph mati serta merta. Kesan tembakan di tangan ditekan. Sajidah mendapatkan Iffat.

"Awak ok tak?"

"Takde hal." Iffat tunduk dan mengoyak baju mayat yang bergelimpangan dan dibalut pada lengan yang berdarah.

"Kita kena dapatkan rawatan segera."

"Itupun kalau kita berjaya keluar Sajidah."

"Apa maksud awak?"

"Di sebalik pintu tu, ada dalam 30 orang sedang tunggu untuk bunuh kita."

"Apa? Habis tu? Apa kita nak buat?"

"Kita dapatkan pertolongan. Lisa. ER37."

"Baik SA 09. Berapa orang semua?"

"Around 30. Wipe them all."

"Roger!"

Iffat menoleh ke arah Sajidah. "Kita tunggu dalam 15 minit."

Iffat merenung jam di tangan. Sajidah memandang pintu di hadapan. Seketika terdengar bunyi tembakan dan bunyi beberapa orang lelaki mengerang. Iffat masih memandang jam di tangan. Sebaik sahaja keadaan sunyi di luar, Iffat mengisyaratkan dengan kepala untuk mereka maju ke pintu. Perlahan pintu dibuka. Beretta digenggam kemas. Secara tiba-tiba seorang lelaki berlari ke arah mereka. Pantas Iffat menekapkan muncung Beretta pada dahi lelaki tersebut sebelum melepaskan tembakan. Darah bersimbah di lantai dan baju. Iffat mengacukan pistol ke arah sekeliling. Tiada lagi jasad yang bernyawa. Dia mengisyaratkan dengan tangan supaya Sajidah mengikutinya. Mayat bergelimpangan di tingkat dua dan tingkat satu. Tiada satu pun yang bernyawa. Mereka berjalan ke arah pintu.

Sebaik sahaja pintu dibuka, sebuah kapal terbang besar menanti di luar bangunan bersama tentera bersiap sedia mengepung keliling bangunan.

"Perempuan ni cedera. She needs help."

Segera tentera menyimpan senjata dan mendapatkan Iffat dan Sajidah.

"Kau jangan risau. Kau dah selamat Sajidah. Aku pergi dulu."

"Tunggu. Siapa nama awak?"

Iffat berhenti berjalan kemudian menoleh ke arah Sajidah.

"Iffat. Iffat Badiuzzaman." kemudian dia terus menyambung langkahnya ke kapal.

____________________________________________

"SA 09! You're shot!"

"Sikit je ni. And please Lisa, on personal cases, do call me Iffat."

"Kau ok tak tu?"

"Aku ok. So, apa misi kita lepas ni?"

"Kau masih nak teruskan?"

"Selagi kita masih bernyawa, selagi itu dakwah takkan berhenti. That's M.S.F.'s princips. Kalau mati pun, mati syahid kan?"

"Macam mana dengan perempuan yang kau selamatkan tu?"

"Kenapa dengan dia?"

"Does she has what it takes to be one of us?"

Iffat senyum. "Everyone has what it takes to be one of us. Just go to her, and say...

Welcome to Muslimeen Special Force aka M.S.F."

Ulasan

Catatan Popular