180° (7)
Motor diparkir dihalaman rumah. Kai mematikan enjin motor sebelum melangkah ke muka pintu. Kepulangannya disambut oleh seorang wanita dalam lingkungan 50 an.
"Aiman dah balik. Dari U terus ke sini ke?"
"Ye Cik Nah. Letih la. Tolong bancuh air boleh? "
"Boleh. Air apa?"
"Milo ais."
"Siap."
"Cik, Ibu dengan ayah tak balik lagi? "
"Tak lagi. Balik lambat sikit kot."
"Ouh. Macam selalu... "
"Aiman balik sampai bila?"
"Ahad je. Aiman balik ni pun saja ja. Nak melawat orang dalam rumah."
"Ouh. Ok."
Kai berjalan ke arah ruang tamu diikuti Cik Nah. Mata memandang ke arah meja kopi dihadapan TV. Sebuah buku yang terletak di atas meja kopi dipandang. Tangan segera mencapai buku tersebut. Kulit hadapan buku tersebut ditatap dengan mulut yang ternganga separa. Cik Nah hanya menggaru kepala.
"Aiman rehat dulu. Nanti Cik hantar air kat Aiman. "
"Ok. Cik, hantar ke bilik ya."
"Ok. "
Kai melangkah naik ke biliknya. Pintu bilik ditutup. Kunci motor diletakkan di atas meja solek. Dia terkejut saat melihat buku dari ruang tamu masih kemas dalam genggaman. Kepala digaru. Kulit buku ditatap buat kali kedua.
Formula solat sempurna.
Senyum terukir dibibir. Kai seolah-olah sedang menahan tawa. Tawa yang seolah-olah bakal dihamburkan untuk diri sendiri.
"Kai, you've gone mad. Really-really mad. Entah idea dari planet mana datang buat kau pegang buku camni. Crazy.. "
Buku diletakkan di atas meja. Kai duduk di atas katil sebelum tubuh dibaringkan. Walaupun jarak dari universiti ke rumahnya hanya 30 minit, namun segala aktiviti yang dilakukan hari ni membuatkan dia letih. Kelopak mata semakin berat. Kai memejamkan mata sebelum dirinya hanyut dibawa mimpi.
__________________________________________
Satu suara lembut menusuk ke telinga. Kai cuba mencari dari mana datangnya suara tersebut. Langkah diatur perlahan melalui jalan yang sesak dengan orang awam. Dia memandang sekeliling seolah-olah dia tidak tahu dia berada di mana. Suara tersebut telah membawa dirinya ke sebuah masjid. Langkah terhenti dihadapan pagar masjid. Secara tiba-tiba, satu suara datang dari arah belakang.
"There'll always be a chance for a change before death comes to you. "
Mata terbeliak luas. Kepala ditoleh memandang ke belakang. Tak dapat dilihat wajah si empunya suara. Namun, satu cahaya terang mengkaburkan pandangan.
Semakin terang, Kai memejamkan mata dek silau.
__________________________________________
Kelopak mata dibuka perlahan. Kai bangun dari tidur. Peluh berbintat di dahi. Seketika peluh dikesat dengan telapak tangan.
"Huh, mimpi apa petang-petang ni... "
الله أكبر الله أكبر...
الله أكبر الله أكبر...
Jam ditangan dilirik. Pukul 4.25 petang. Kai bangun dari katil, berjalan ke arah sinki. Mukanya dibasuh. Seketika, Kai berjalan ke arah tingkap. Mata memandang jauh ke luar. Hanya jasad yang berdiri, namun fikiran seolah-olah terbang tinggi.
Lamunannya tersentak saat Note 4 berdering. Nama pemanggil dilihat pada skrin. Titan. Jari menekan butang hijau pada skrin.
"Assalamualaikum. "
"Woih. Kai ke ni?"
"Ya la. Apahal kau? "
"Sejak bila pandai bagi salam ni?"
Kai terdiam. Mulut ternganga separa. Fikirannya mula membeku. Dia sendiri tak sedar macam mana lafaz salam boleh terpacul dari mulut. Topik perbualan cuba ditukar.
"Apehal kau call aku ni? "
"Ouh, yeah. Esok ada street event, kau nak ikut tak?"
"Pukul berapa? "
"3.30 sampai 6. Jom la pergi. Bukan selalu dapat tengok board-board stylo."
"Ok. 3.45 kau datang ambik aku. "
"Oit, kalau kau bayar gaji aku sebagai driver kau, takde hal."
"Gaji kau, teh ais Mamak Pusing. Boleh? "
"Haha. Bereh. Ni, Kai."
"Ye? "
"Kau ok?"
"Ok ja. "
"Ada problem, I'm here. Always. Ingat tu."
"Thanks. "
"My pleasure."
"Aku off dulu. Mak bapak aku dah balik ni"
"Ok. "
Panggilan diputuskan. Kai memandang ke arah kereta yang baru sahaja masuk ke kawasan perkarangan rumah. Kai tahu, itu adalah mak dan ayahnya. Mata kembali merenung ke langit. Sejak kebelakangan ni hatinya gelisah. Dia sendiri tak tahu kenapa. Sepotong ayat secara tiba-tiba bertandang di kotak fikiran. Kai membuka mulut. Perlahan-lahan mulut terkumat-kamit menyebut kembali ayat tersebut.
"There'll always be a chance for a change before death comes... "
#Time passes. Do something so you won't regret in the future
Ulasan
Catat Ulasan