180° (13)
"H2O! Petang ni ada event tak?"
"Gila kau. Nak final exam dah ni. Kau tak nak study ke Kai? "
"Rilek la. Banyak masa lagi. Minggu depan study week la. Hari ni last kelas kan?"
"Ceyh, orang 4 flat ja boleh cakap macam tu. "
"Wei, Titan, H2O. Lepas ni, kira kita dah masuk final year. Habis tu apa plan korang?"
"Aku nak melancong dulu. Lepas tu nak cari kerja. Then, kahwin la. Hehe. Kau apa plan Titan? "
"Aku nak kerja dulu dekat consultant bapak aku. Lepas tu, aku nak cuba bukak consultant sendiri. Kau Kai?"
"Aku? Aku rasa nak jadi penulis. Aku nak karang banyak buku psikologi. Lepas tu aku nak kita tiga bukak consultant sekali. Ketua consultancy mestilah kita bertiga. Amacam? "
Titan dan H2O tercengang. Mereka memandang Kai dengan mata yang membulat.
"Gempak beb kau punya idea. Haha. Ok, kalau macam tu, kita tiga unite, set up our own consultant!"
"Agree! "
Kai hanya tertawa memerhatikan gelagat H2O dan Titan. Seolah-olah kanak-kanak ribena yang baru keluar tadika. Seketika Titan bangun dari kerusi. Kai dan H2O memandang Kai.
"Gi mana?"
"Kedai depan sana kejap. Nak beli top up."
"Ok."
Kai dan H2O kembali menyambung perbualan. Secara tiba-tiba terdengar bunyi di belakang mereka. Kedua-duanya berpaling. Dilihat sekujur tubuh terbaring di bawah sebuah kereta. Kai dan H2O bangun. Mereka berjalan ke arah kereta tersebut. Mata mereka membulat saat menghampiri kawasan kejadian. Mulut Kai ternganga sebelum terduduk di atas jalan.
"Titan! "
__________________________________________
"Exam dah habis kan? Lepas ni jom lepak."
"Kat mana? "
"Macam biasa la."
"Ok. "
H2O memandang wajah Kai. Dia tahu Kai masih terkesan dengan kejadian yang berlaku 5 hari lepas. H2O turut sedih atas pemergian Titan. Masih muda, namun dijemput awal oleh ajal. H2O cuba memujuk.
"It's on me hari ni. So, cheer up la."
"I'll try. "
"Aku faham apa yang kau rasa Kai. Aku pun sedih. Titan banyak tolong kau. Banyak tolong aku. Tapi masa dia dah sampai. Kau kena terima hakikat. Kita kena teruskan hidup."
"It's hard. Nak lepaskan seseorang yang dah lama bersama kita. "
"I know. Tapi kau kena tabah. Dia pun kawan baik aku juga. Kita Trio Brothers Right?"
"Guess lepas ni dah takde lagi Trio Brothers. "
"But still, we can be Duo right?"
Kai menangis. Pemergian Titan sangat dirasai. Titan bersamanya dari kecil. Mereka menempuhi detik-detik kecil bersama. Saat dia tiada siapa-siapa dalam hidup, Titan datang menjadi peneman. Pengisi kesunyian. Kai masih menangis. Kepala disandar ke bahu H2O. H2O hanya membiarkan Kai bertindak sedemikian.
Seketika kemudian Note 4 berdering. Kai mengeluarkan Note 4 dari poket sebelum butang hijau pada skrin ditekan.
"He.. Hello? "
"Man... Akak ni... Akak nak bagitau something..."
"What? "
"But before that, be tough my dear.."
"Kenapa? "
"Mak.. Masuk hospital.. Mak jatuh tangga..."
"What?! Mak kat mana sekarang ni? Man datang sekarang jugak! "
H2O hanya berkerut dahi memandang Kai yang kelihatan semakin kusut. Tangan Kai dipegang.
"Kai, kenapa ni?"
"Mak aku masuk hospital. Aku kena pergi sekarang H2O!"
"Jom aku hantar kau. "
__________________________________________
Kai masih duduk di kerusi bersebelahan katil ibunya. Tangan ibunya dipegang. Wajah ibunya ditatap. Mata ibunya masih belum terbuka. Sudah dua hari ibunya koma. Kai masih di situ setia menunggu saat ibunya membuka mata. Seketika Notification whatsapp berbunyi. Kai terus membaca mesej yang diterima.
"Assalamualaikum Kai. Saya baru ja dengar pasal mak awak. I:m sorry to hear that. I know how it feel if I was placed in your shoes. Please be strong."
Jari kembali menaip mesej untuk dibalas.
"Waalaikumussalam. Thanks. Masih cuba kuat. Tolong doakan yang terbaik. Nasib saya cuti sem. Boleh la tolong jaga Mak."
Butang send ditekan. Kai masih senyap. Wajah ibunya masih ditatap. Air mata yang hampir mengalir ditahan. Seketika Marissa datang dari belakang.
"Man, dah pukul 3 pagi ni. Tak nak tidur ke?"
"Takpe la kak. Tadi dah tidur kejap. "
"Doktor cakap mama ada lagi 2 jam setengah. Dalam tempoh tu, kalau mama masih tak sedar, maksudnya dah takde harapan. Doktor terpaksa hentikan mesin pernafasan."
"Apa? Mana boleh macam tu! Man nak bersama mama lagi. Man... Man... "
"Man, sabar."
"15 tahun Man hidup tanpa kasih sayang mama. Sekarang ni Man baru je nak rasa. Kenapa tiba-tiba jadi macam ni. "
Kai menangis. Air mata tak mampu ditahan lagi. Marissa hanya mengusap lembut belakang adiknya.
"Man,setiap benda yang jadi pasti ada hikmah. Man kena redha. Please belajar erti redha. Sekarang ni satu je benda kita boleh untuk tolong mama."
"Apa? "
"Doa kepada Allah. Allah tu maha mendengar setiap doa hambaNya. Ok? Dah, Man pergi rehat dulu. Biar kakak jaga mama pulak. Nanti apa-apa kakak bagitau."
Kai membisu saat mendengar kata-kata Marissa. Kaki terus melangkah keluar daripada bilik sakit. Dia terus melangkah hingga kakinya membawanya ke surau di hospital. Kasut ditanggalkan. Kai melangkah ke tempat wudhuk. Paip air dibuka. Tangan menadah air yang mengalir turun daripada paip.
Bismillah...
__________________________________________
Seusai bagi salam, Kai terus menadah tangan untuk berdoa.
"Ya Allah, selama ini aku tewas dengan ego dan nafsu aku. Aku sebenarnya hamba yang lemah lagi hina. 15 tahun aku dihanyut enak dunia. Hari ni merupakan sujud pertama aku selepas 15 tahun aku tinggalkan sujud. Aku malu. Selama ini aku leka, aku lalai. Tapi nikmat Kau tak pernah putus ke atas aku. Sekarang aku mengalah. Aku serahkan semuanya pada Engkau. Aku mohon, sembuhkanlah ibuku. Aku masih ingin merasai kasih sayangnya. Kau telah mengambil salah seorang yang aku sayang. Aku mohon, jangan ambil ibuku. Aku mohon Ya Allah... "
Air mata mengalir laju turun ke pipi. Kai kini berserah kepada yang maha Satu. Dia sedar kini dia tak punya apa-apa. Namun yang di atas mengatur segala. Kai mampu sujud kembali kini. Beberapa minit kemudian Kai bangun sebelum berjalan keluar dari surau. Saat dia melangkah, Marissa datang ke arahnya.
"Man! Mama Man! "
"Mama? Kenapa dengan mama?"
"Mama dah sedar! "
Mata Kai terbeliak. Kai terus berlari ke arah bilik ibunya. Dilihat seorang doktor berdiri di tepi katil ibunya. Kai terus berjalan masuk. Tangan ibunya dipegang dengan air mata mengalir. Doktor tersebut hanya mengukir senyum sebelum melangkah keluar.
"Mama, Man minta maaf ma. Man banyak buat salah dengan mama. Man sayang mama sangat-sangat. Man tak nak kehilangan mama. "
"Mama.. Ada kat sini Aiman. Sentiasa"
"Alhamdulillah. Allah dengar doa Aiman. Terima kasih Ya Allah."
Marissa hanya mengesat air mata yang mengalir. Dia hanya memerhati dihadapan pintu. Telefon dikeluarkan dari poket bagi mendial nombor ayahnya. Kai masih memegang erat tangan ibunya.
#Allah tu maha kuasa.
Cuma kadang2 manusia ni yang lupa.
Terlalu meratah nikmat dunia.
Hingga lupakan Dia yang maha Esa.
Dan lupa nikmat syurga untuk selamanya.
Berdoalah insan.
Kembali ke pangkal jalan.
Ulasan
Catat Ulasan