180 (6)

Perlahan-lahan Fiyy membuka pintu. Kaki melangkah sebelum pintu ditutup. Mata memandang ke arah seorang lelaki dalam lingkungan 50 an yang duduk di atas sofa membaca surat khabar. Fiyy senyum.

"Abah, Fiyy dah balik. "

Diam tanpa bicara. Ayahnya masih membaca surat khabar tanpa memandang kearahnya.

"A.. Abah dah makan?"

"Dah. "

" Fiyy naik atas dulu Abah.. "

Tiada jawapan yang didengari. Fiyy melangkah naik ke tingkat atas. Mata mula berkaca namun ditahan sedaya kudrat butir mutiara daripada berlinang di pipi. Sudah 5 tahun dia diperlakukan sedemikian oleh ayahnya. Fiyy tahu, mungkin salah dirinya menyebabkan ayahnya tidak mahu bercakap dengannya. Saat dirinya sampai ke tingkat atas, terlihat sebuah bilik yang sudah lama gelap kini menyala terang. Fiyy senyum. Sekurang-kurangnya dukanya terubat. Dia melangkah perlahan ke arah bilik tersebut. Orang yang lama dinantinya kini pulang. Perlahan-lahan tombol dipulas.
Kosong. Tiada orang dalam bilik tersebut. Fiyy melangkah masuk untuk memantau keadaan dalam bilik tersebut. Memang sunyi tidak bertuan namun lampu bilik menyala terang. Dalam hati terdetik mungkin keluar barangkali. Saat Fiyy menoleh seorang lelaki menyentaknya dari belakang. Fiyy menjerit.

"Fiyyy. Rilekkk. Ni Along la!! "

"Ishh Along! Kenapa suka buat orang camni?!"

"Eleh. Cakap orang lebih. Sebenarnya Fiyy yang nak kacau Along dulu kan?"

"Eeh, mana ada... "

"Fiyy, I've known my sister well la. Haha."

"Ceyh. Bet it right."

"How things going here while I'm gone? "

"Okay ja."

"How about you and dad? "

"Same as 5 years ago..."

"Still hasn't change. "

"Not a bit."

"Takpa. At least I'm here for you. We'll Spend time together for two months. Cakap ja Fiyy nak pergi mana. Along bawak."

"Okay boss. "

"Dah makan belum? Jom pergi makan. Along belanja."

"Makan malam gemuk la Along!"

"Amboih. Jaga badan ka? "

"Esok la. Fiyy tak makan malam. Boleh?"

"Hmm ye la. For you my little princess. Anything will do. "

"Nak ajak abah?"

"Don't make things worst. Relationship awak dengan dia tu dah baik ka? "

"Okay. Tak ajak.."

Mu'az memandang wajah adiknya. Tangan memegang lembut pipi adiknya.

"Look at you. You've grown up. Time flew fast. "

"Ya. Dah boleh berdikari. Hehe."

"Semuanya salah along. Along yang drag fiyy masuk dunia basket. I'm sorry. It's must be hard for you dear. "

"Memang... Berat sangat... Tapi kalau asyik salahkan diri along pun tak berguna jugak."

"Along nak bagitau sesuatu. "

"Apa?"

"Along dah dapat tukar ke area KL. Lpas ni boleh balik selalu. "

"Wow! Really? Unbelievable. Tahniah long. Lepas ni Fiyy dah tak sunyi lagi. Hehe. Sebagai tanda tahniah, Fiyy sanggup keluar makan dengan along malam ni."

"Haih, tadi cakap tak makan malam. "

"Demi along semuanya boleh. Bila mula pindah?"

"Lusa. Bawak balik barang dari Penang ke sini. Jauh la jugak. "

"Sabar. Yang lain dah tahu?"

"Belum. Along nak buat surprise. "

"Ok. Abang Nas balik esok kot. Angah dengan kakak balik minggu depan. Kak Su balik Khamis ni. Kiranya nanti semua ada."

"Haha. Ok la tu."

"Along... "

"Ya?"

"Minggu depan siblings outing boleh? "

"Tak boleh..."

"Ala.. "

"Kalau tak cukup semua. Haha"

"Along ni!"

"Haha. Ok. Minggu depan ea? Along belanja."

"Yeah. Thank you. Sayang along. "

" Welcome dear. "

Fiyy melangkah pergi. Seketika langkahnya dihentikan. Dia berlari semula ke arah Mu'az sebelum memeluknya. Mu'az hanya senyum kecil sebelum mengusap lembut kepala adiknya itu. Fiyy melangkah semula ke arah biliknya. Mu'az mengukir senyum saat melihat telatah adiknya itu.

"Big girl ea? "
__________________________________________

Fiyy melabuhkan punggung di atas katil. Laptop di atas meja dibiarkan terbuka. Tangan diselukkan ke dalam beg tangan mencari sesuatu. Keychain Gitar kecil dikeluarkan. Fiyy memandang keychain tersebut dengan senyuman terukir di bibir. Kotak ingatan memainkan semula memori tentang keychain yang diperolehinya pagi tadi.
__________________________________________

"Cantik keychain ni. Satu berapa bang? "

"RM 10 je dik."

"Mahalnya. "

Kai memerhati teletah Fiyy dari belakang. Keychain Gitar tersebut diperhatikan. Fiyy meletakkan semula keychain tersebut di tempatnya. Kai mengeluarkan not merah dari dompet.

"Bang, boleh la keychain tu. RM10 kan?"

"Ok dik. Nah. Saya jual. "

"Saya beli."

Plastik keychain bertukar tangan. Kai memandang Fiyy.

"Nah. "

"Eh, untuk apa ni?"

"Ambik la."

"Ehh. Tak boleh. Awak baru je belanja saya makan tadi. Saya.. "

" Fiyy, tak elok tolak pemberian. Anggap je ni hadiah dari kawan baik. "

"Te... Terima kasih. Kai.."

"Sama2. Jaga elok2 tau. Limited tu. "

"Ok."
__________________________________________

Senyum semakin lebar di pipi. Entah mengapa, tiba2 sahaja dia semakin selesa dengan si lelaki rambut panjang tersebut. Keychain diletakkan di atas meja. Fiyy memandang ke luar tingkap. Senyum masih belum lekang dari bibir.

"Kai... "

#Kawan ni ramai. Tapi sahabat ni, hanya satu dalam sejuta.

Ulasan

Catatan Popular