180° (12)

"Ya cik, boleh saya bantu?"

"Saya nak jumpa Encik Arman. Dia ada tak kat pejabat?"

"Ada. Sekejap saya panggil. "

Kai duduk di sebuah kerusi. Tangan masih memegang erat fail yang dibawa bersama. Beberapa minit kemudian, keluar seorang lelaki berkot hitam serta bertie putih. Kai berdiri saat melihat lelaki tersebut.

"Maaf, awak ke yang nak jumpa saya?"

"Ya Encik Arman. Saya Aiman. Boleh kita jumpa personally? "

"Ouh, jom masuk dalam bilik tu."
__________________________________________

"Kenapa nak jumpa ya? "

"Sebenarnya, saya ni kawan Safiyya.."

Riak wajahnya berubah. Encik Arman memandang Kai dengan pandangan tajam. Kai hanya diam.

"Rasanya takde apa yang nak dibincangkan pasal budak tu. Kau orang ke 11 yang jumpa aku, semata-mata nak bercakap pasal dia. Maaf. Aku ada banyak lagi kerja ni."

"Kenapa nak lari? "

"Budak tu dah bunuh mak dia sendiri. Patut ke aku maafkan?"

"Macam mana Encik tahu dia yang bunuh. "

"Memang dia bunuh."

"Encik seorang yang suka judge someone pada pandangan zahir. Encik tak pernah cuba cari kebenaran. Kebenaran hidup ni perlu dicari. Bukan selalu menuduh. "

"Kau ada bukti yang dia tak bunuh?"

Fail yang dibawa bersama diletakkan di atas meja. Pandangan mata Kai berubah. Encik Arman hanya memandang fail tersebut.

"Apa ni? "

"Report forensik hospital selayang. 7 Februari 2011. Puan Asmidah dimasukkan ke hospital akibat kanser usus. Masa dia dimasukkan ni, diperiksa rupanya kanser usus tu dah ditahap 4."

Encik Arman terdiam. Kai menyambung.

"20 Februari 2011. Puan Asmidah dah meninggal di hospital akibat kanser usus. Semua ni report forensik sendiri. Takkan forensik salah buat kerja? "

Encik Arman masih belum mampu menutur kata. Dia hanya mampu menundukkan muka. Kai terus menyambung bicara.

"Encik, maaf la. Tapi, encik kena lepaskan apa yang telah pergi walaupun encik sangat sayangkan Puan Asmidah. Saya faham rasa sayang tu. Memang pahit nak terima pemergian orang tersayang. Tapi encik kena sedar, masih ramai lagi anak-anak encik yang perlukan encik. Kasih sayang dan dorongan encik. Takkan hanya sebab satu kejadian yang tak pasti, encik nak terus membenci dia? Dia tak salah encik. "

"Kau.. Tak faham.. Aku sayang dia..."

Air mata Encik Arman mula menitis. Kai menarik nafas dalam.

"Kalau encik sayangkan dia, redha. Sayang anak-anak encik. Bukan tinggalkan. Encik sakit, takkan encik nak sakitkan orang lain pulak? "

"Asmidah..."

"Encik, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Jangan sampai jadi macam tu. Satu masa nanti encik yang akan menyesal. Ingat encik, anak tu tanggungjawab encik. Takkan encik nak lepaskan tanggungjawab encik?"

Cermin mata yang dipakai ditanggalkan. Air mata mengalir di pipi. Encik Arman cuba sedaya mengesat butir air mata yang turun.

"It's never too late to say sorry if they are still breathing right? Forgive others, you'll always gain forgiveness. Love others, you'll always gain others love. I'm sorry but I have to leave. Take the report with you. Take your time. "

Kai bangun dari kerusi sebelum berjalan keluar daripada bilik tersebut. Encik Arman meletakkan kepala di atas meja. Air mata berjurai. Rasa sesal memenuhi dirinya.

"Maafkan abang, midah.."
__________________________________________

Jam ditangan dilirik. Pukul 7 malam. Fiyy membuka pintu perlahan-lahan. Dilihat TV terpasang dengan ayahnya duduk di atas sofa. Fiyy tak mahu menegur. Dia tahu, pasti tegurannya tidak akan diendah. Saat kaki melangkah naik satu anak tangga, terdengar namanya dipanggil. Fiyy turun semula.

"A.. Abah panggil Fiyy? "

"Ya. Sibuk tak?"

"Err. Tak pun. "

"Pergi naik siap."

"Eh, ada apa abah?"

"Lepas maghrib kita pergi makan malam kat luar. "

Fiyy terkedu. Pertama kali setelah 5 tahun mereka tidak berbicara. Dan ayahnya ajak makan bersama. Encik Arman hanya memerhati gelagat Fiyy.

"Boleh ke tak ni?"

"Boleh2. Nak ajak along sekali?"

"Ajak semua. "

"Err ok.. Tp abah.."

"Apa? "

"Abah dah ok? Kenapa tiba-tiba.."

Belum sempat ayatnya dihabiskan, Encik Arman berjalan kearahnya sebelum mencium dahinya. Mata Fiyy terbeliak. Tak tahu bagaimana nak digambarkan perasaannya. Ciuman pertama selepas 5 tahun tidak mendapat ciuman dari ayahnya. Fiyy memegang dahi. Matanya mula berkaca.

"Ucap terima kasih kat kawan Fiyy. Apa nama dia? Aiman? Hah. Khairul Aiman tu. Hari ni dia berjaya membuka hati abah untuk abah terima balik Fiyy dalam hidup abah.."

Fiyy masih lagi senyap. Akal cuba mencari logik keadaan sekarang.

"Fiyy, abah mintak maaf. For 5 years I abandoned you. It's not your fault. It's just me that over emotional. Boleh kita hidup semula macam dulu? Macam masa lama? "

"Ok abah. Dah lama Fiyy tunggu saat yang macam ni.. Fiyy naik atas dulu. Kejap lagi Fiyy turun."

"Ok. Take your time. "

Fiyy melangkah naik. Segera telefon dibuka dan nombor Kai didail.

"Hello?"

"K.. Kai.. "

"Ya? Kenapa?"

"Te.. Terima kasih. Awak... Saya tak tahu macam mana nak balas jasa awak... "

"Hei, jangan nangis. Benda kecik la. Saya akan sentiasa tolong kawan saya. It's okay."

"Tapi ini pertolongan terbesar awak. Saya tak tahu nak express perasaan saya macam mana. I really appreciate it."

"It's okay. Semuanya sebab awak juga. Awak yang berusaha. Be thankful to yourself. "

"Inshaa Allah."

"Kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu. Ada kerja sikit. "

"Ok. Thanks again."

''My pleasure. "

Talian dimatikan. Safiyya mengesat air mata yang mengalir di pipi. Senyum terukir di bibir. Kini, hidup baru bakal bermula untuk dirinya. Satu permulaan baru selepas kejatuhan. Permulaan yang sangat bahagia.

#bukan senang nak cari kawan yang sentiasa bersedia nak tolong. Kalau dah jumpa, hargai.

Ulasan

Catatan Popular