Ukhuwwah
Hahahaha. Tak tau nak letak tajuk apa. Tapi dah selesai tadi memandu. Alhamdulillah ok ja. Nak cerita apa pun tak tau dah tapi just nak share some input. Maybe useful for us.
Aku nampak dengan jelasnya benda ni berlaku dalam masyarakat sekeliling. Bila orang kata budak sekolah agama, automatiknya orang akan pandang budak tu seorang yang soleh, alim. Tapi bila budak tu sekolah biasa2 orang pandang budak tu sebagai tak berguna, tak dak apa2. Jangan pandang rendah pada seseorang. Ada yang belajar agama, dia rasa ilmu dia dah tinggi. Tak layak dia nak bergaul dengan orang lain.
Wahai kawan2, ubahlah pemikiran anda. Tukar persepsi. Kita sebenarnya digalakkan kawan dengan semua orang. Tak kira tua atau muda. Tak kira miskin atau kaya. Tak kira orang belajar agama atau yang tak belajar. Semua mesti jadi kawan. Satu perkara yang digalakkan oleh rasulullah adalah menjaga ukhuwwah atau tali persaudaraan. Apabila kita belajar agama kita boleh bawa kawan2 kita yang lain. Tu tujuannya. Bila kita susah, kawan2 yang akan tolong kita selepas ahli keluarga kita. Ingat betapa pentingnya ukhuwwah. Sebab mungkin sahabat kita yang boleh tolong bawa kita ke syurga. Ingat...
Penting ukhuwwah fillah abadan abada. Cari kawan bukan cari lawan.
Live well
Ulasan
Catat Ulasan