Empat perkara...

Seorang lelaki terlibat dalam dilema, di mana dia menyukai empat orang gadis dengan empat kriteria masing-masing

Gadis yang pertama disukainya kerana dari keturunan yang baik.

Gadis yang kedua disukainya kerana berharta dan mampu menolongnya untuk menyara kehidupan keluarga.

Gadis yang ketiga disukainya kerana mempunyai rupa paras yang cantik.

Gadis yang keempat disukainya kerana agama yang dimiliki.
Dia lantas menunaikan solat istikharah. Selepas seminggu, Allah memberinya jawapan kepada dilemanya. Dia memilih gadis yang keempat.
Salah seorang rakannya menemuinya dan bertanya akan pilihannya. Sambil tersenyum, dia menjawab
"Wahai sahabat, aku memilih dia kerana aku merenung kembali, apabila aku memilihnya kerana agamanya, maka aku telah memiliki keempat-empat kriteria wanita. Umpama 4 in 1 la katakan"
"Aku tak faham... "
" Macam ni. Secara logiknya apabila difikirkan semula,
Apabila dia memiliki agamanya iaitu islam, sudah pasti dia berasal dari keturunan yang baik. Kerana ibu bapanya yang menerapkan ajaran Islam dalam dirinya. Maka ibu bapanya mesti dari orang yang baik2.

Kedua, apabila dia beragama, sudah pasti dia berharta. Ini kerana dia akan cuba sedaya mungkin mencari harta untuk membayar zakat, atau memberi sedekah. Sudah pastinya dia berharta

Ketiga, apabila dia beragama, sudah pasti dia seorang yang cantik. Ini kerana, dia akan sentiasa berwuduk bagi menunaikan tanggungjawab dengan tuhannya. Berwuduk akan mencantikkan mukanya di dunia dan akhirat. Dia akan memiliki kecantikan hakiki

Jadi sahabatku, kerana itulah aku memilihnya kerana agamanya. Kerana agama itu melengkapkan segalanya. Kau pasti bahagia dunia akhirat.

Wallahu'alam...
#cerita ini berdasarkan hadis nabi...
"kahwinilah wanita atas empat perkara, keturunannya, hartanya, kecantikannya, agamanya. Maka pilihlah agamanya. Kelak kau akan bahagia"..
أو كما قال...

Ulasan

Catatan Popular