Hijrah: tak susah, tak mudah

Cari, atau sampai bila pun kau tak kenali...
"Apasal kau sedih ni? Bapak kau nak bagi syarikat kat kau la. Bukan senang nak dapat tu"--Qalbu Ikrami
"Kau takkan faham. Kebahagiaan bukan datang dari duit. Sampai sekarang aku tak pernah rasa bahagia"--Nazmi Zikri
Mereka seiring, dari kecil hingga dewasa. Sama2 melakukan perkara diingini. Sama2 kejar impian. Sama2 lupa tuhan. Namun semua berubah apabila Qalbu dihantar ke Australia untuk business trip.
"Aku hantar kau pergi buat business trip, bukan pergi tabligh. Kopiah tok imam mana kau curi ni?"--Nazmi Zikri
"Jahat2 aku ni takkan mencuri"--Qalbu Ikrami
Hati mula tak keruan. Melihat sang teman semakin berjauhan. Sang teman kini mula mengenal tuhan
"Sampai bila kau nak terus hidup macam ni? Kau kata nak bahagia. Aku yakin bila kau kenal tuhan, kau akan dapat kebahagiaan"--Qalbu Ikrami
Hati mula goyah bila keimanan menyapa. Mula kenal antara dosa dan pahala. Mula kenal antara syurga dan neraka. Mula kenal pencipta yang esa.
Satu perjalanan kini bermula. Perjalanan mencari yang maha kuasa. Perjalanan yang dipanggil HIJRAH...

#Sinopsis

Ulasan

Catatan Popular