Tragedi

Beberapa minggu lepas ada sekor kucing datang menyewa bawak dua ekor anak dia. Sekor nama teh, sekor lagi nama tam. Kucing ibu tu nama dia bu. Dia letak anak2 dia dalam almari buruk luar rumah saya. Dia okey tapi anak2 dia pemalu. Saya pi ja tengok, terus depa menyorok dalam rumah. Ciss!!
Tapi seronik jugak bila tengok gelagat depa. Tak la sunyi sangat. Tam yang bongsu. Dia ni kecik dan selalu dibuli oleh teh. Tapi apakan daya. Everything that going up must going down someday. Semalam masa saya dekat nak tidoq, saya dengaq bunyi tam. Bila bukak ja tingkap ada bapak kucing kat luar. Saya perasan bapak kucing tu memang dok usha tam dengan teh lama dah. Mak pun kata
"Bapak tu nak gigit la tu"
Saya bukak pintu cepat2 dan halau bapak kucing tu. Tapi dah terlambat. Tam dah digigit bapak kucing tu. Saya redha ja la. Allah dah atur yang terbaik. Tam digigit kat tengkuk. Teh selamat dengan mak dia. Bila saya pi tengok ja, tam baru ja digigit sebab dia masih lagi mengelupur dan darah dia baru mengalir keluar. Memang tak dapat diselamatkan dah. Pagi tadi selepas selesai semua tahlil, saya bawak tam dan tanam di tanah perkuburan yang dipilih. Habih tanam saya sedekah al fatihah kemudian masuk balik dalam rumah. Wahai tam, bertemulah janji Allah.
Kemudian saya perasan, bu dan teh dah pindah ke tempat yang lebih selamat. Saya doakan teh selamat dari gangguan bapak kucing lain.
Amin...

Ulasan

Catatan Popular