Jangan pandang rendah

Pada suatu hari, ada seorang pak cik tengah membawa seorang lelaki yang bijak menyeberangi sungai menaiki sampan. Semasa di atas sampan, lelaki tersebut bertanya
Lelaki: adakah pak cik punya ilmu sama 
             ada ilmu kira2 atau sebagainya?
Pak cik: tidak nak...
Lelaki: Ini bermakna pak cik dah hilang
             sebahagian daripada hidup pak
              cik
Mereka meneruskan perjalanan mereka menyeberangi sungai. Lelaki itu bertanya lagi
Lelaki: adakah pak cik mempunyai harta?
Pak cik: tidak nak
Lelaki: Ini bermakna pak cik dah hilang
             sebahagian lagi daripada hidup
             pak cik
Apabila sampai di tengah sungai, sampan yang dinaiki mereka bocor menyebabkan sampan mereka akan tenggelam. Kemudian pak cik tua itu bertanya
Pak cik: kamu reti berenang?
Lelaki: err, tak pak cik
Pak cik: bermakna kamu akan hilang seluruh hidup kamu. Selamat tinggal!

#Semua ilmu tu penting. Jangan pandang rendah pada seseorang. Salam malam!

Ulasan

Catatan Popular