Perjalanan ke syurga
Langkahnya mati di hadapan pintu rumah tersebut. Dalam hati, diri sendiri sedang berperang sama ada mahu mengetuk pintu atau tidak. Tangan diangkat dan hampir mengetuk pintu. Namun pantas gerakannya terhenti tanpa dipinta. Kajet dah menelan liur melepasi rengkung. Cepat laa Jet. Ketuk je pintu ni! Ni je peluang kau!
Tangan diangkat semula hendak mengetuk pintu namun sekali lagi ditarik. Dah kenapa dengan kau ni Jet? Kemarin beria-ia nak datang sini. Sekarang ni kau pulak keras?! Mungkin ni laa turning point yang kau cari tu. Go KaJet. You can do it!
Tangan diangkat sekali lagi. Namun masih belum berjaya dia mengetuk. Haih. Kalau macam ni, baik aku datang pulak esok. Kau ni Jet. Penakut!
KaJet hampir saja melompat melihat satu sosok berdiri di belakangnya. Darah dah rasa berderau turun. Jantung dah melompat ke anak tekak. Mata masih membulat saat melihat lelaki yang ingin ditemuinya itu. Bibir lelaki tersebut berbungan senyum.
"Assalamualaikum saudara. Cari siapa ya?"
"Waalaikumussalam..Saya nak jumpa..err..Encik.."
"Jumpa dengan saya? Encik kenal saya ke?"
"Saya kenal encik. Tapi tak tahu nama."
"Kenal?"
____________________________________________
KaJet memandang isi rumah. Kemudian mata jatuh semula pada lelaki di hadapannya. Dia mengukir senyum segaris.
"Nama aku Abdul Malik Anas. Orang panggil Anas."
"Aku Khairul Muhajir. Orang panggil aku KaJet. Sometime Jet. Depend on which you prefer the most."
"Jet.." Anas menggumam sendiri sambil jari telunjuk dan ibu jari menggosok dagu gaya berfikir masalah negara. "So...How do you know me? How do you find me? And why you eagerly want to meet me? Haa, aku compile semua soalan tu untuk kau. Jawab laa serentak."
Jet melepas nafas perlahan. "Aku selalu lepak dekat saf belakang dengar kau tazkirah dekat surau. Sebab tu aku kenal kau. Aku tanya orang je kau duduk mana. Rupanya rumah kau just two blocks away from my house." Nafas dilepas lagi. Jet, luahkan sekarang Jet. "I..." Anas setia menanti jawapan. "...want to find my turning point..."
Anas mengakat kening sebelah. Seolah-olah tak dapat mencerna apa yang cuba dilontarkan Jet. "Turning point from what to what?"
"Turning point to The Almighty.."
Anas mengukir senyum segaris. Dilihat mata Jet yang mula berair dan hampir meleleh. Segera tangan memegang lembut bahu Jet.
"Am listening. Tell me everything. I'm not a good speaker. But I might be a good ear. You got my ear now. Tell me."
"Aku ada seorang kawan. Kawan baik.." pandangan diangkat menengadah siling. "Kami dah buat semua benda sekali. Dari kecik lagi. Ponteng sekolah. To the club sometime for some...drink.." Dada dah mula terasa sebak. "But somehow..He change..He left all those maksiat and so ever. He tried to stop me. But am not listening to him.."
Jet diam seketika. "He TRIED." Anas menyambung. Jet senyum tawar. Kemudian dia mencari nafas untuk menyambung semula cerita.
"A week after, I got a call from her mother.. He was freaking sick. So I rushed to him. Met him. And he told me one thing.." Jet meraup wajah. Air mata dah mula melimpah menuruni pipi. "Kita dah lama menyimpang dari jalan yang lurus..Aku takut..Aku nak jumpa kau dalam syurga...Aku tak nak kau masuk lembah kebinasaan...Promise me a thing. You'll find your turning point for life..Be a better man.."
Air mata dikesat dengan belakang tangan. Dia menarik nafas dalam mencari tenang. Anas hanya mengangguk kecil di sebelah sambil tangan menggosok belakang Jet.
"Lepas tu dia pergi. Untuk selamanya. Sebab tu..aku nak berubah..aku nak tinggalkan semua yang gelap dan tak bertanda..aku tau kau boleh tolong aku.."
"Khairul Muhajir..Kau tau apa maksudnya?"
Jet menggeleng. Asas agama pun dibuat tak endah. Ini kan pulak nak mendalami bahasa arab.
"Sebaik-baik Penghijrah." Anas senyum. Dia bangun sebelum tangan memeluk tubuh manakala pandangan dilempar ke luar tingkap. Jet diam. Memberi ruang untuk Anas menghabiskan kata-kata.
"Sebaik-baik orang yang berhijrah itu adalah orang yang berhijrah kerana Allah. Berhijrah daripada dunia yang lebih gelap kepada dunia yang lebih terang. Berhijrah meninggalkan bibit-bibit dosa yang bertanda kepada kebaikan yang membawa bahagia. Berhijrah meninggalkan apa yang Allah tak suka kepada apa yang Allah suka dan Allah suruh. Itulah sebaik-baik orang yang berhijrah."
"Tapi..Allah nak terima aku lagi ke? Aku kotor..masa lepas aku kelam..penuh maksiat.."
"Allah bukan macam makhluk. The past doesn't matter at all. The past teaches you to be better sometime. Kalau masa lalu tu tak penting, kita takkan belajar past tense dalam grammar. Sebab masa lalu ni yang akan banyak mengajar kita untuk bergerak lebih baik pada masa depan. Kerana dengan masa lalu yang berawan mendung, mampu melakar masa depan yang penuh pelangi. Dengan masa lalu akan menjadikan masa depan kita lebih bertanda."
"Betul ke?"
"Sekalipun kau dah bermaksiat beratus tahun, dan kau bertaubat setahun, dosa kau beratus tahun tu Allah akan padam. Yakin dengan Allah. Allah takkan sia-siakan hambaNya. Aku akan tolong kau. Tapi, aku tolong dengan apa yang aku mampu. Jangan bersedih. Yakin dengan janji Allah. Ingat."
"Terima kasih. Bila nak mula?"
"Esok. Pukul 3 pagi. Aku pergi kejut kau kat rumah kau."
"Pukul 3?? Biar betul??"
"Ikut je cakap aku."
"Erm..ok.." Jet senyum. Perjalanan ke syurga bakal bermula..
Ulasan
Catat Ulasan