How to make Ramadhan worth it

Pen di tangan masih diputar ligat. Mata menala ke luar tingkap meskipun planner di tangan terbuka. Dunia sekeliling seolah-olah dah menjadi bisu bagi dirinya. Otak ligat memikir sesuatu gaya macam perdana menteri fikir masalah rakyat. Nafas dilepas berat.

"How to make it worth it this year..."

Lamunannya tersentak apabila tersedar sesuatu. Nampak gaya kena tanya yang pakar jugak kalau macam ni. Planner ditutup. Diletakkan di atas meja bersama pen disebelah Planner. Bingkas dia bangun dari kerusi menuju ke pintu bilik.

Langkah dihentikan. Tangan mengetuk perlahan pintu bilik. Dapat didengar suara di dalam memanggil dia masuk. Terus dia melangkah masuk.

"Alang." Jebat menegur Kasturi.

"Ada apa Ngah? Tak pernah dibuat kau datang bilik aku waktu macam ni. Kakak mana?"

"Kakak pergi rumah kebajikan dengan mama. Tinggal Ngah sorang dalam bilik."

"Eleh. Mengada kau ni. Isteri kau tinggal kejap je tu. Nanti balik la. Kau nak apa?"

"Ngah nak tanya ni..erm.."

"Tanya je."

"How to make it..worth it?"

"How to make what worth what?"

"Esok kan dah start puasa. So, Ngah nak tanya laa. Macam mana nak jadikan this Ramadhan worth it. Sebab sebelum ni Ngah mana pernah nak ambik pusing pun. Setakat dah boleh puasa tu kira ok la. Tak pernah terfikir nak jadikan it worth Ramadhan ever."

"Oo. Tu je soalannya." Kasturi membetulkan duduk di atas katil. Jebat setia menanti jawapan dari birai katil. Malu pulak rasa tanya adik sendiri pasal ni. Patutnya aku sebagai abang, aku laa yang kena terangkan semua. Aduhai.

"Macam ni Ngah. Kau kena tahu. Puasa ni ada dua jenis. Puasa orang awam dan puasa orang bertakwa." Pen yang dipegang kasturi diangkat separas wajah. Gaya macam ustaz mengajar.

"Puasa orang awam ni cuma dapat lapar, letih dan dahaga. Manakala puasa orang bertakwa pulak dapat ganjaran yang hebat di sisi Allah. Ramadhan akan jadi worth it bila kita berpuasa dengan puasa orang bertakwa."

"Er, puasa orang bertakwa tu macam mana pulak?"

"Puasa orang bertakwa ni bukan puasa biasa tau. Dia puasa bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga. Tapi, dia jugak berpuasa seluruh pancainderanya. Matanya puasa daripada melihat maksiat dan perkara yg seangkatan dengannya. Mulutnya berpuasa daripada bercakap benda yang tak baik. Telinganya berpuasa daripada mendengar benda yang keji. Tangannya berpuasa daripada melakukan sifat yang tercela. Kakinya berpuasa daripada melangkah ke tempat2 yang maksiat. Itulah antara ciri-ciri puasa orang bertakwa."

Jebat angguk perlahan. Tangan menongkat dagu.

"Rasulullah pernah bersabda, ramai orang yang berpuasa tapi mereka tak dapat apa-apa melainkan letih dan dahaga. Maksudnya, puasa mereka tak dapat apa-apa. Hanya sia-sia. Ramadhan ni bulan bonus Ngah. Khas untuk umat Nabi Muhammad je. Setiap ibadah akan digandakan ganjarannya. Pintu syurga semua terbuka luas dan pintu neraka tertutup. Tapi sayang, bukan semua orang cakna dengan the reward yang Allah dah sediakan untuk hambaNya sepanjang Ramadhan. Rugi je diorang."

Jebat sedikit terpukul dengan kata-kata tersebut. Senyum tawar terukir sedikit di bibir. Dan aku pun dulu tergolonga dalam golongan orang yang rugi.

"Ngah, past is past laa Ngah. Mana ada orang yang lahir terus sempurna puasa dia. Bila kita dah sedar, maka kita kena ubah laa. Takde manusia yang tak boleh ukir pelangi lepas ribut petir."

Perlahan anggukan kecil diberikan.

"Kalau nak buat perumpamaan tu lebih kurang macam ni. We're the hunters in Ramadhan. We hunt the so-called reward with our weapon, Ibadah alongside. To achieve the title of 'Muttaqin'."

"To be among the 'Muttaqin'. That we fight for life ea?"

"So true Ngah. The climax is in the '10 malam terakhir'. Masa tu kita kena all out kan segalanya. The race start there. Tapi ramai yang leka masa tu. Sibuk nak sambut raya. Tapi kena take note la Ngah. Masa sepuluh malam terakhir tu fasa pembebasan dari api neraka. Rugi kalau kita tak kejar. Ye la. Kita ni pun bukan dijamin syurga kan?"

"Yup."

"Jadi Ngah dah faham kan? How to make this Ramadhan worth it? Ibadah kena tambah. Tapi kena istiqamah. Sepatutnya kita ni kena bawak apa yang kita buat sepanjang Ramadhan sampai lepas Ramadhan. Amalan tu sepatutnya berkekalan. Tapi biasa laa manusia. Nak istiqamah payah sebab perlu kepada mujahadah."

"Ngah nak alang guide Ngah through Ramadhan ni, boleh?"

"Boleh je Ngah. Nanti Alang list semua aktiviti yang kita patut buat sepanjang Ramadhan ni. Jom kita start the race to jannah! Start malam ni! Ok?"

"Jom!"

#RamadhanCountdown😊
#MarhabanRamadhanKareem

Ulasan

Catatan Popular