Azazil yang patah tanduknya

Kematian Ibu dan Ayahnya menyebabkan Aslam berpaling dari Tuhan. PadaNya, Tuhan telah berlaku zalim atas dirinya. Aslam mula memberontak. Dia berpaling dari tuhan. Dia ingin membalas dendam pada Tuhan.

Sebuah organisasi menarik dirinya untuk bersama-sama menumbangkan umat Islam atas muka bumi. Biar agama itu terus hapus. Misi mereka bermula dengan membunuh orang yang tinggi ilmunya dan baik agamanya. Sehingga sampai satu masa, tiada lagi muslim yang betul-betul kuat bangkit kembali menjaga kesucian agama.

Namun, satu cahaya telah mengetuk hati Aslam apabila dia ditugaskan untuk membunuh Abdul Hadi, seorang pemuda yang hebat agamanya. Hadi cuba membawa semula Aslam ke jalan yang benar.

Aslam kini keliru.
Sama ada mahu kekal terus di jalan yang sunyi dan bisu
Atau
Kembali semula kepada agama Tuhan Yang Maha Satu

-Azazil Yang Patah Tanduknya

Ulasan

Catatan Popular