Story Of Us 3
Pintu dibuka perlahan. Zhar melangkah masuk sebelum menutup kembali pintu rumah. Kelihatan kelibat seorang perempuan di dapur. Zhar menghampiri. Ditepuk kuat bahu tersebut menyebabkan perempuan tersebut hampir melatah.
"Oi mak Kak Yong Bukit Gantang! Eh."
"Hahaha. Kak Yong Bukit Gantang mana pulak ni?"
"Ishh. Kamu ni Zhar. Terkejut Akak."
"Kakak balik lama dah ke?"
"Baru je sejam lepas. Balik rumah, tengok takde orang. Ada mak dengan Mak Bedah."
"Mak Bedah dah balik?"
"Dah. Kakak sampai rumah, dalam setengah jam lepas tu Mak Bedah balik."
Zhar diam seketika. Mata memandang kiri dan kanan.
"Mak..macam mana?.."
Irma Azira mengukir senyum tawar. Wajah dipaling menghadap wajah adiknya tersebut.
"Zhar. Walau apapun yang jadi, kita kena sentiasa ada dengan mak. Kalau kita nak mak sembuh, kita kena main peranan yang besar dalam membantu mak. Kita ja kekuatan mak Zhar."
Zhar turut sama mengukir senyum.
"Zhar nak jumpa mak sekejap."
"Pergilah. Mak ada kat depan. Tengok TV."
Zhar terus melangkah ke ruang tamu. Puan Hazimah duduk di atas kerusi roda sambil mata tak lari dari skrin tv. Zhar duduk bersebelahan ibunya.
"Mak." Lembut suaranya menyapa. Tangan memegang lembut tangan ibunya sebelum dicium.
"Mak sihat tak hari ni? Ubat dah makan?"
Tiada jawapan. Puan Hazimah tidak memberi sebarang reaksi. Zhar hanya senyum.
"Mak jangan risau. Zhar dengan Kak Zira akan sentiasa jaga mak. Kitorang akan teman mak sampai mak sembuh. Kitorang akan bersama mak."
Air mata Puan Hazimah mengalir. Pandangan masih tak lari dari TV. Zhar mengesat lembut air mata yang jatuh. Sudah tiga tahun berlalu sejak peristiwa tu. Peristiwa yang menjadikan Puan Hazimah begini.
"Mak, Zhar naik dulu. Mak rehat laa ya."
Dahi ibunya dicium lembut. Zhar melangkah naik ke bilik. Dalam setiap langkah, air matanya mula menitik. Abah. Kenapa Abah sanggup buat macam ni? Kesian mak.
Pintu bilik ditutup. Pandangan dilemparkan ke luar tingkap. Kenangan tiga tahun lepas cuba dibuang jauh. Meskipun susah, namun dia kena cuba untuk melupakan kisah lama. Dia dan Azira sahaja kekuatan bagi ibu mereka. Wajah diraup sekilas.
Ya Allah, berikan aku kekuatan. Mudahkan lah. Jangan engkau susahkan.
Ulasan
Catat Ulasan