Story Of Us 1

Jalan raya dibawah dipandang sekilas. Air mata diseka dengan belakang tangan. Dia memanjat tembok bumbung bangunan tersebut. Memori bersama keluarga berputar sekilas di ingatan. Dia kemudian menarik senyum dari pangkal bibir.

"Abah, Ibu. Maafkan Yani.. Yani tak dapat teruskan hidup ni. Yani nak ikut abah dengan ibu.."

Mata dipejam rapat. Yani dah bersedia nak terjun ke bawah. Kaki diangkat sebelah.

"Kalau terjun ke bawah tu, kau yakin ke pintu penyelesaian kepada semua masalah kau akan terbuka?"

Yani tersentak. Kaki didaratkan semula ke atas tembok. Mata dibuka. Segera dia menoleh ke belakang mencari suara yang menegur.

"Dan kau yakin ke, kau akan berjumpa dengan mak bapak kau bila kau terjun?"

Mata tertancap pada sosok tubuh yang sedang terbaring berbantalkan lengan. Mata si pemilik tubuh hanya tertancap pada awan-awan yang berarak menghiasi ruang langit.

"Siapa kau? Jangan halang aku!"

"Aku tak halang kau cik." Lelaki tersebut bangun sebelum membetulkan sila menghadap Yani.

"Kalau kau nak terjun sangat, terjun laa. Tapi kau kena fikir balik, bila kau terjun tu, kau yakin ke kau akan mati?"

Yani diam.

"Kalau Allah izinkan kau hidup, kau akan hidup. Tapi kemungkinan besar kau akan lumpuh seluruh badan. Itu bukan mengurangkan masalah, itu menambah masalah. Lagi satu, bila kau terjun, kau fikir semua masalah kau akan selesai? Masalah dunia kau mungkin selesai. Tapi masalah kat akhirat nanti, macam mana?"

Kolam air mata bertakung semula terus melimpah ke pipi. Yani menyeka air mata yang dah mengalir laju. Lelaki tersebut menghampiri. Sapu tangan dikeluarkan dari poket dan dihulur ke Yani. Yani memandang lelaki tersebut.

"Turun dulu dari situ. Ambik sapu tangan ni. Lap air mata tu."

Yani mengangguk. Dia terus melangkah turun dari tembok tersebut. Sapu tangan bertukar tangan. Air mata dilap.

"If you can't bear it, spill it. Either heal the wound or add a scar. You are the author of your story. End it happily. Or make it sad in the end. But I guess people hate grief."

Lelaki tersebut mengukir sengih sebelum melangkah pergi. Yani memanggil.

"Err, sekejap. Sapu tangan ni macam mana?"

"Bila-bila pulangkan laa. You know where to find me again."

"Can I get your name?"

"Iman. Iman Azhar."

"Safa' Hayani."

"Nice name."

Lelaki tersebut terus melangkah pergi meninggalkan Yani. Yani hanya mengekori sosok tubuh lelaki tersebut dengan ekor mata. Sapu tangan ditatap.

"You are the author of your story.."

Yani mendongak memandang langit. Apakah ini mesej dariMu, Tuhan?

Ulasan

Catatan Popular