Story Of Us 2
Perlahan-lahan kaki melangkah naik ke tangga ingin menuju ke bumbung. Sapu tangan digenggam kemas. Dah tiga hari berlalu sejak kejadian hari tu. Dua botol air turut dibawa bersama. Langkahnya terhenti seketika.
"Dia..ada ka hari ni?"
Tiba-tiba seorang lelaki turun dari bumbung sambil menangis. Lelaki tersebut berlalu melepasi Yani. Yani tercengang seketika. Langkah diteruskan naik ke bumbung.
______________________________________________________
"Err..Iman Azhar?"
Mata dibuka memandang sosok gadis yang berdiri di tepi perbaringannya.
"Siapa?"
"Eh, dah tak ingat ke? Saya yang awak tolong hari tu."
"Tolong?"
"Erm, awak stop saya from committing suicide."
"Oo. Tak ingat dah laa."
"Erm, ni sapu tangan awak. Saya nak pulangkan."
Lelaki tersebut terus bangun membetulkan sila. Sapu tangan bertukar tangan. Dipandang sekilas sapu tangan tersebut. Mata kemudian jatuh semula pada wajah Yani.
"Yani. Safa' Hayani." Yani mengulang semula namanya. Botol Air kopi dihulur ke arah lelaki tersebut. Botol bertukar tangan.
"Iman Azhar. Panggil je Zhar."
"Ok.."
Ruang antara mereka sunyi seketika. Perlahan Zhar mengisyaratkan Yani untuk duduk. Yani menurut.
"Jadi, kenapa nak terjun tiga hari lepas?" Soal Zhar sambil tangan sibuk membuka penutup botol.
"Eh, ingatkan tak ingat."
"Ingat je. Awak ingat yang datang kat sini nak buat apa? Saya sorang je yang datang nak lepak. Yang lain kebanyakan datang sebab nak bunuh diri."
"Termasuk lelaki tadi?"
"Hm. Lelaki tadi rasa diri dia tak diterima baik oleh masyarakat. Tapi ramai je lagi yang boleh accept dia dalam komuniti."
Air diteguk melepasi rengkung.
"Jadi, kenapa awak nak terjun semalam?"
Yani membetulkan duduk. Nafas ditarik dalam-dalam bersedia untuk bercerita.
"Bulan lepas, keluarga saya kemalangan. Ayah, mak, adik. Semua ahli keluarga saya mati. Saya dah takde siapa-siapa. Saya hidup sendiri.."
Air matanya jatuh ke pipi.
"Sebab tu saya rasa saya tak mampu nak lalui semua ni..saya tak kuat..kenapa ujian yang menimpa saya seberat ni..kenapa semua yang saya sayang diambil?.."
Zhar senyap. Botol ditutup dan diletak ke tepi. Dia mendongak memandang langit sejenak sambil mengukir senyum.
"Manusia selalu menyoal bila Allah buat sesuatu."
Mata singgah di wajah Yani.
"Manusia itu diuji dengan tahap keimanan masing-masing. Allah nak tambah keimanan seorang hamba yang Dia sayang. Kalau Dia tak sayang, Dia takkan ambik peduli."
Mata masih lekat pada wajah Yani.
"Pernah terfikir kenapa Allah temukan kita? Kalau ikutkan Allah boleh je biarkan awak terjun, bunuh diri dan terus ke neraka. Tapi kenapa Allah tetapkan saya untuk ada di sini? Kenapa awak dengan mudah dengar cakap saya dan tak jadi terjun untuk bunuh diri? Kenapa Allah tak tetapkan hati awak untuk bunuh diri di bangunan lain? Kenapa Allah pilih di sini?"
Yani tunduk memandang lantai bumbung.
"Allah sayangkan awak. Allah nak awak teruskan hidup sebagai hambaNya. Allah tak nak sia-siakan hidup awak."
"Tapi saya tak kuat Zhar."
"Kekuatan itu ada pada Allah. Mintak pada Allah kekuatan tu. Kehilangan keluarga tu memang sesuatu yang sukar untuk dihadapi. Tapi kita tak boleh buat apa-apa melainkan redha dengan apa yang Allah dah tentukan. Jangan pernah tewas dengan satu perkara. Allah sayangkan keluarga awak. Jadi Allah jemput diorang pulang awal sebab Allah tak nak hati diorang terpesong dengan dosa dunia. Allah nak diorang jadi hamba yang terus taat dan patuh padaNya. Allah nak lindung mereka dari terus melakukan dosa."
"Dan kenapa Allah tak ambik saya sekali. Allah tak sayang saya?"
"Allah sayang. Sebab tu Dia panjangkan nyawa awak. Supaya awak tambahkan ibadah dan takwa awak kepada Dia. Supaya awak dapat menempah tiket di syurgaNya. Tak nak ke?"
Yani menangis.
"Be strong Yani. Jangan pernah buruk sangka dengan Allah. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya Yani. Kita sebagai hamba takkan tahu. Kerana pengetahuan kita terbatas. Tapi, Dia di atas sana tahu segalanya."
"Thanks."
"Praise Him. The almighty. Mintak kekuatan pada Dia. Percaya pada Dia. And everything will come through. Saya ni cuma asbab. Anggap je Allah bagi awak peluang kedua untuk terus hidup. Dan jangan pernah sia-siakan peluang tu."
"I'll try.." Tangan menyeka air mata yang mengalir di pipi. Zhar menghulurkan sapu tangan.
"Ta..tapi saya baru je pulangkan kat awak.."
"Saya rasa awak lagi perlukannya. Menangis. Lepaskan semua beban. Sampai satu masa nanti, awak pulangkan balik."
Yani mengangguk. Sapu tangan bertukar tangan.
"You've gone through worse ea?"
"Hm?"
"Sebab..awak boleh nasihat saya macam-macam. Mesri awak pernah lalui sesuatu yang lagi dahsyat. That make you who you are today.."
"Ada laa sikit."
"Tak nak share?"
"Saya mintak diri dulu. Ada kerja sikit."
Zhar bangun dari duduk. Kaki dah melangkah malas nak ke tangga. Yani turut bangun sebelum memanggil Zhar.
"Zhar."
"Ya?"
"Esok..ada sini tak?"
"Kalau ada, adalah. Kalau takde, cari kat kedai bawah."
Zhar mengukir senyum sekilas. Kemudian pantas kelibatnya hilang dari pandangan Yani.
Iman Azhar..
Ulasan
Catat Ulasan