Makhluk itu iktibar
Setiap makhluk Allah ciptakan dengan keistimewaan tersendiri. Makhluk Allah yang paling sempurna ialah manusia. Ini kerana manusia dikuniakan satu alat yang tidak ada pada makhluk lain iaitu akal. Akal sepatutnya digunakan untuk berfikir, membezakan mana baik dan mana buruk. Namun manusia pada zaman ini tidak langsung menggunakan nikmat kurniaan Allah ini ke arah jalan yang betul.
Makhluk juga seharusnya menghormati sesama makhluk. Kita juga harus menghormati haiwan, tumbuhan, dan lain2. Bagaimana? Kita tidak menghalau mereka, menyiksa dan seumpamanya. Kita tidak pernah gunakan akal untuk memikirkan sebenarnya, makhluk itu ialah iktibar. Setiap makhluk yang ada di atas muka bumi wajar dijadikan iktibar pada diri. Jangan kita memandang rendah pada makhluk lain. Contoh yang dikatakan ambil iktibar:
Ibu kepada binatang sangat sayang kepada anak2 mereka. Namun,sesetengah ibu manusia pula yang berhati binatang. Setelah melakukan perbuatan terlarang, mereka membuang anak mereka merata tempat. Ibu kepada binatang sanggup berkorban nyawa melindungi anak2 mereka. Ambil iktibar daripada mereka.
Tumbuhan memberikan oksigen atau manfaat kepada setiap makhluk di muka bumi. Justeru, kita juga ambil iktibar dengan memberi manfaat kepada orang lain sebagaimana tumbuhan.
Masa di pasar tadi, saya ternampak seekor ibu kucing bersama anak2 nya sedang makan. Namun si ibu hanya mengambil sedikit dari makanan tersebut. Selebihnya diserahkan kepada anak2 nya. Apabila tinggal sisa, ibunya mula makan sisa2 tersebut.
Inilah yang dikatakan iktibar kepada diri. Setiap makhluk Allah adalah iktibar. Ambillah iktibar dari mereka untuk kegunaan kita kelak.
والله أعلم...
Ulasan
Catat Ulasan