Kembali... 2

"Kau nak belajar agama? Mimpi apa kau ni?"
"Wei Aisar, kira baik la aku nak belajar agama ni."
"Bukan apa, sebelum ni aku cakap sikit kau kata nak study untuk SPM la. Macam2 alasan kau. Tapi kenapa pulak ni?"
"Ala. Please la ajar aku bab2 agama ni"
"Ok la. Tapi setiap lepas maghrib je tau? Waktu lain tak boleh"
"Ok Aisar! Sayang kau hahaha! "
Aiman mula belajar ilmu agama bersama Aisar. Namun hatinya mula berubah sedikit demi sedikit. Dia kini telah mengenali Aisar secara lebih mendalam. Peribadi Aisar telah menarik minatnya dalam mempelajari ilmu agama. Nawaitu hati telah berubah. Dahulu dia ingin mendalami agama kerana seorang wanita, namun kini hatinya benar2 ingin mengenali sang Pencipta. Dia mula menyertai kumpulan usrah di bawah pimpinan Aisar. Setiap hari, makanan usrah hanya tarbiah. Namun Aiman tak kisah. Pada satu hari, dalam kumpulan usrah, Aisar telah membuka hati Aiman dengan satu tazkirah.
"Kita hidup atas dunia ni hanya kerana Allah. Namun kita tak pernah bersyukur. Bila kita mintak sesuatu, dan Allah tak kabulkan, kita mula marah. Kita membentak, menangis. Kita kata Allah kejam. Namun cuba kita kira balik, betapa banyak rahmat yang Allah dah taburkan untuk kita. Kita tak pernah hargai. Malah, kita guna nikmat tu diatas landasan yang salah. Jadi, siapa yang kejam. Dah 17 tahun kita ni hidup. Dah macam2 nikmat yang Allah bagi. Namun dalam 10 tahun, kita boleh kira, berapa banyak nikmat Allah yang kita syukuri. Ingat, kita hidup atas muka bumi ni pun kerana Allah. Jadi sampai sini ja usrah kita hari ni. Assalamualaikum. "
Perlahan-lahan bilik tersebut mula kosong. Hanya Aisar dan Aiman di situ. Aisar memandang Aiman.
"Aisar... Aku rasa bersalah sangat sekarang ni..."
"Kenapa Man? "
"Aku zalim Aisar. Aku zalim dengan Allah. Aku teruk Aisar"
Air mata Aiman mula menitik. Aisar segera mendekati Aiman sambil mengusap lembut belakang sahabatnya itu.
"Aku rasa mesti Allah dah tak ampunkan aku sekarang ni"
"Aiman, Allah maha pengampun. Kau mintak la bila2 kat mana sekalipun, Dia tetap ampunkan kau. "
"Niat asal aku belajar agama ni sebab seorang perempuan. Tapi kini aku sedar. Aku sekarang memang nak kembali. Aku nak lebih kenal tuhan. Kau tolong aku Aisar.."
"In shaa Allah Man. Aku cuba yang terbaik"
Malam tersebut dilalui seperti biasa. Namun sebelun tidur, Aisar mengajak Aiman untuk mengikutinya pada pukul 3 pagi nanti. Aiman hanya mengangguk. Masing2 kembali ke katil mereka.

Ulasan

Catatan Popular