Kembali.... 3
"Ngantuk arh Aisar. Kita nak pergi mana ni?"
"Ikut je la Man."
"Ish, pukul 3 pagi ni. Letih pulak esok pagi nanti. "
"Aku berani konfem kau takkan ngantuk. Kau akan fresh. Percaya la kat aku."
"Ni nak keluar pergi mana ni? Dari tadi kita jalan. "
"Dah sampai dah"
Mata Aiman memandang keadaan sekeliling. Mereka kini berada di dataran sekolah. Berhampiran dengan asrama.
"Man, kau bawak sejadah kan? Jom kita sembahyang kat sini. Tahajjud, hajat dan taubat. Lepas tu kita buat witir. Sejam ja. Lepas tu balik la tidor. "
"ok"
Aiman menurut kata kawannya. Sejadah dibentangkan di dataran. Mereka berdua menunaikan solat sunat pada pagi itu. Seusai sahaja solat, mereka berjalan kembali menuju ke bilik mereka. Sambil berjalan, Aisar memberi tazkirah kepada Aiman.
"SPM dah dekat. Masa ni la kita nak rapat dengan tuhan. Mintak Allah bagi semua yang terbaik untuk kita. Kau tau tak, waktu ni Allah mendepakan tangannya untuk melimpahkan rahmat dan menerima segala hajat kita. Kau jangan kata tuhan ada tangan pulak. Tangan yang dimaksudkan ni merujuk kepada kekuasaan Allah. Faham?"
"Yes boss! "
"Sekarang ni pukul berapa Man?"
"4.03 pagi"
"Okey. Cuba kau dongak atas. Sambil berjalan ni. Hadapkan pandangan kau ke langit. "
Aiman mendongak. Langkahnya terhenti. Mulutnya ternganga luas. Begitu cantik panorama pada waktu itu. Tidak dapat digambarkan dengan kata2. Aisar menggeleng di sebelah. Seketika kemudian air mata Aiman mula membasahi pipi. Perasaan yang tidak pernah dirasai sebelum ini. Pandangan yang sukar didapati. Jikalau ada kamera ditangan, pasti akan diambil permandangan indah itu.
"Aiman, ok tak? "
" Ok. Tapi aku tak pernah nampak suasana macam ni. First time tengok. "
"Ini baru sikit. Sebenarnya, banyak lagi rahsia tuhan yang kita tak pernah tengok dan jumpa. Ingat, ilmu kita ni umpama setitik air yang menitik ke dalam lautan yang luas. Betapa sikitnya ilmu kita"
"Ya. Betul tu. Sekarang ni aku rasa gembira sangat. Tak tau sebab apa."
"Dah la. Jom balik dorm. Nanti lewat pulak"
"Ok"
Ulasan
Catat Ulasan