Chosen
Seusai memberi salam, dia bangun bergerak ke bahagian belakang masjid. Solat sunat dua rakaat ditunaikan. Usai solat, dia duduk sebentar berzikir bersama imam. Setelah itu doa dibacakan sehingga selesai.
Mata menangkap beberapa sosok anak kecil yang berkejaran di dalam masjid dengan tawa riang. Dapat dilihat jugak sosok Tok Siak yang turut mengejar kanak-kanak tersebut untuk menyuruh mereka diam. Makin bingit tawa mereka saat dikejar Tok Siak. Mungkin disangka Tok Siak juga ingin bermain bersama.
Senyum tersungging di bibir. Kepala digeleng perlahan dengan mata yang dipejam. Senyum masih tak lekang dari bibir.
"Apa senyum sorang-sorang ni. Makruh tau tak?"
Jebat angkat muka memandang tuan empunya suara yang menyapa. Imam Zakaria dah melabuhkan duduk disebelahnya. Bibir berbunga senyum.
"Takde laa Ustaz. Teringat zaman dulu."
"Dah sampai ke kurun mana tu?"
Ketawa Jebat pecah diikuti Imam Zakaria.
"Tengok budak kecik tu. Teringat masa dulu. I was one of them."
Zaman di mana dia sembahyang hanya kerana adat. Sama seperti kanak-kanak yang lain. Datang ke masjid dengan arwah abah bukan dengan tujuan nak solat. Tapi dengan tujuan nak bermain. Nak berjumpa kawan.
"WAS." Imam Zakaria mengulang sepatah perkataan itu. Jebat hanya senyum tawar.
Dulu, waktu rehat bagi pejabat, dia datang untuk solat di masjid bersama orang lain. Bezanya dulu dia datang ke masjid untuk solat hanya sekadar untuk menunaikan 'adat' bukan 'ibadat'. Dan solat itu kosong. Khusyuknya, tajwidnya hanyut entah ke mana. Penghayatan langsung tak wujud.
Teringat firman Allah dalam Al-Quran. Mafhumnya:
"Maka kecelakaan yang besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang. (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya."
[107:4-5]
Senyum tawar masih belum padam. Wajah diraup. Menyesal dahulu dia pernah menjadi antara orang-orang yang lalai. Dalam menunaikan ibadah. Menunaikan hak Allah dalam keadaan leka. Tika seruan memanggil pun dia masih leka untuk menyahut. Mata terasa hangat.
Teringat lagi akan firman Allah dalam Al-Quran. Mafhumnya:
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya."
[23:1-2]
Nak dikatakan dia telah tergolong dalam kalangan orang berjaya yang disebut dalam Al-Quran pun belum layak lagi. Dia masih lagi cuba membetulkan solatnya. Dan masih lagi dalam usaha mencapai khusyuk di dalam solat.
Malu jugak bila umur dah masuk 26 tahun baru mula nak mendalami dan memperbetul diri. Dia bersyukur Allah masih mahu dia berubah. Ditemukan dengan seorang wanita yang berjaya mengubah dirinya hingga ke tahap sekarang. Berjaya membuat putaran hidup 180 darjah dari diri yang dahulu.
Dia bersyukur menjadi antara orang yang terpilih untuk berada di atas jalan hidayah.
Firman Allah. Mafhumnya:
"Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakiNya"
[2:272]
Syukur juga dia diberikan kesedaran lebih awal sebelum terlambat.
"People who decided to change on the 12th hour dies on the 11th."
Syukur Allah masih memberi dia peluang untuk bertaubat dan memperbaiki amal. Moga Engkau terus kekalkan aku di jalan yang lurus ini yang Allah. Lindungilah aku dan keluargaku dari azab nerakaMu. Amin..
"Jebat."
Jebat tersentak. Wajah Imam Zakaria disebelah dipandang semula dengan senyum yang masih tak cair.
"Orang dah nak mula solat terawih ni. Jom. Mengelamun pulak dia."
"Baik Ustaz. Sorry. Hehe."
"Hari ni nak buat 20 rakaat?"
"Malam ni dah start masuk fasa pengampunan kan? Terawih pun setahun sekali. Mana tau kalau dah tak dapat jumpa ramadhan akan datang."
Imam Zakaria senyum sebelum menepuk perlahan belakang Jebat. "Semoga kita ditemukan lagi dengan Ramadhan akan datang."
"Amin."
Rujukan:
1. Al-Quran Karim terjemahan bahasa Melayu Abdullah Muhammad Basmeih dan terjemahan bahasa Inggeris Yusuf Ali.
2. The eleventh hour.
Karya: Penulis Yang Menulis
Ulasan
Catat Ulasan