10 Yang Terakhir

Mata merenung kosong ke hadapan melepasi tingkap dapur. Mukanya kelihatan sedikit resah. Matanya tak menggambarkan perasaan. Sesekali nafas dilepas perlahan. Mug yang berisi kopi dirapatkan ke bibir.

Yani yang baru sahaja melangkah turun dari bilik perasan akan keadaan suaminya sejak pulang dari solat tarawih tadi. Perlahan dia melangkah ke rak pengering mencapai mug sebelum dia melabuhkan duduk di sebelah Jebat. Namun, kehadirannya seolah-olah tidak disedari oleh Jebat.

Sengaja Yani senyap seketika sambil cuba menangkap apa yang sedang berlegar di fikiran Jebat. Tangan kirinya kemudian memegang lembut tangan kanan Jebat. Jebat tersentak dari lamunan lalu mengukir senyum kepada Yani.

"Jauh termenung. Dah sampai ke mana tu?"

"Hati awak. Hehe." Jebat sengih nakal. Yani hanya menyiku perlahan lengan Jebat dengan tawa kecil.

"Mind to tell me?"

"Sure do. We are husband and wife. There shall be no secret between us."

"Okay.. So what's your concern?"

"Back there at the mosque.." Jebat menarik nafas dalam. Yani memberi ruang untuk Jebat meneruskan bicara.

"Lepas solat tarawih 8 rakaat, Imam; Ustaz Rushdan bangun dan bagi sedikit tazkirah. Ustaz Rushdan cakap..."

"Kata Hukama' orang yang bersemangat mengerjakan ibadah pada 10 malam terakhir ramadhan sedangkan pada awal ramadhan dia kurang bersemangat adalah lebih baik daripada orang yang bersemangat mengerjakan ibadah pada awal ramadhan namun tidak bersemangat untuk mengerjakan ibadah pada akhir ramadhan."

Kata-kata Ustaz Rushdan menjejak semula ke fikiran. Kemudian dia menyambung.

"Ustaz Rushdan ada cakap juga. Antara tanda ibadah yang kita buat diterima oleh Allah di bulan Ramadhan adalah apabila ibadah kita tetap berterusan hingga kita keluar daripada bulan Ramadhan."

"Then?"

"Abang terfikir balik, abang takut. Abang takut ibadah abang tak diterima. Macam mana kalau abang buat solat dhuha, khatam Al-Quran semua ni hanya untuk bulan Ramadhan je. Abang takut abang tak istiqamah."

Yani senyum. Pipi Jebat dipegang lembut dan dialihkan menghadap wajahnya.

"Abang. Jangan takut. Inshaa Allah kita akan cuba usahakan ibadah kita untuk Dia. Allah tak pandang natijah. Tapi Allah nilai usaha kita. Istiqamah tu memang susah. Yani pun dalam usaha lagi untuk istiqamahkan diri Yani untuk Sang Pencipta. Kalau istiqamah tu mudah, maka manusia takkan pernah faham erti usaha. Inshaa Allah. Kita minta pada Allah supaya diteguhkan hati kita untukNya."

"Inshaa Allah." Jebat senyum. Syukur Engkau temukan aku dengan seorang wanita yang telah mengubah hidupku Ya Allah. Engkau satukan aku dengan wanita yang solehah, yang taat kepada Engkau. Moga Engkau jaga rumah tangga kami daripada malapetaka yang melanda. Amin.

Pandangannya kemudian jatuh pada perut Yani yang membusung.

"Baby sihat tak hari ni?" tangan memegang lembut perut Yani. Yani senyum.

"Sihat. Nakal pula tu. Macam Abah dia."

"Abah dia baik kot."

"Ye laa tu. Pencuri hati kelas satu. Baik apanya." Yani ketawa kecil diikuti Jebat.

"Baby dah curi hati mama? Habis laa abah lepas ni. Dah takde pujangga hati. Huhu."

"Kenapa pula?"

"Baby dah curi kasih sayang mama kat abah."

"Let me tell you one thing."

"What?

"Safa' Hayani sayang Jebat Jafni selamanya."

"Dan Jebat Jafni pun sayang Safa' Hayani selamanya."

"Baby due lagi 9 hari. Nanti tengok laa siapa yang boleh menangi hati mama."

"Jebat Jafni takkan biarkan Safa' Hayani dicuri. She's him. Forever. Hehe."

Yani senyum. Alhamdulillah. Syukur atas nikmatMu.

Ulasan

Catatan Popular