Surviving Jahl 2
"Apa ni?"
"Ni HQ kita. Islam. Cuba tengok. Nampak dah nazak kan?"
Bangunan holografik di hadapan matanya ditatap sekilas. Binaan yang terdiri dengan lima batang tiang kelihatan gersang dan usang. Tiang yang masih menyokong bangunan tersebut untuk terus berdiri kelihatan uzur.
"Sebab tu kita kena berjuang Nizam. Kita kena tegakkan semula bangunan yang hampir roboh ni. Kita terpilih."
"Macam mana boleh.. "
"Semuanya bila ketua tertinggi/Tuhan kita iaitu Allah dah dirikan HQ ni, ramai yang datang. Dan beberapa ketika, manusia mula berpaling. Kemudian Allah melantik 25 orang manusia terpilih untuk menjadi ketua agama dan ketua umat. Ketua kita salah satu darinya dan ketua yang terakhir dan setiap ketua ada pejuang bawahnya setelah mereka wafat. Dan kitalah pejuang tu. Please Nizam. Kita harapan terakhir. Harapan nak menyebarkan cahaya kebenaran di dalam dunia yang penuh kegelapan kejahilan ni. Kita yang perlu mencorakkan semula dunia ni dengan cahaya Haq oleh tuhan kita. Sampai bila kita nak biar dunia ni kelam. Sebarkan. Biar semua manusia tahu. Biar semua manusia nampak hakikat perjuangan kita yang sebenar."
"Hahaha! Jangan mimpi Squad!"
Kedua-dua mereka menoleh ke tepi. Diri mereka kini dikelilingi beribu-beribu Jahl. Jahl hanya berdiri sambil memandang mereka dengan senyum sinis.
"Korang cuma berdua! Jahl ramai! Jahl bertakhta! "
Zaid mengalih pandang ke arah Nizam.
"Jadi, macam mana Nizam?"
"Kita cuma perlu serang pada bahagian hati mereka kan?"
"Ya." Zaid senyum. Pisau ditangan Zaid mula bercahaya. Nizam turut tersenyum memandang Zaid. Mereka kemudian mengalih pandang ke arah Jahl di hadapan.
"Bismillah. Ini untuk Allah, Rasulullah dan Dinullah."
Jahl berlari ke arah mereka Nizam membidik ke arah hati Jahl. Tembakan dilepaskan peluru cahaya keluar tepat mengenai dada salah satu Jahl.
__________________________________________
"Anak? Bangun nak."
Nizam membuka mata. Seketika tubuh diangkat dari baring. Dilihat lelaki separuh umur yang mengejutkannya.
"Dah nak masuk waktu Asar dah ni. Pergi ambil wudhu'. Kejap lagi kita solat."
Lelaki tersebut berlalu pergi. Nizam meraup wajah. Masih terngiang-ngiang mimpi yang dialami sebentar tadi. Segera dia bangkit melangkah ke tempat wudhu'. Saat tangan ingin membuka paip air, terngiang-ngiang satu ayat di telinga.
"Kita harapan terakhir. Harapan nak menyebarkan cahaya kebenaran di dalam dunia yang penuh kegelapan kejahilan."
"Erm. Betul. Setiap yang muslim adalah Daie yang akan menyebarkan agamanya. Selama ni, aku dah lupa tanggungjawab aku dengan agama aku. Rasanya sekarang dah sampai masanya. Untuk aku jalankan tanggungjawab aku semula sebagai seorang muslim. Ya Allah, mohon Kau jaga.. Mohon Kau redha.."
Kerana kita adalah Daie..
Yang akan mengajak kepada cahaya kebenaran...
Dan meninggalkan kegelapan kebatilan...
Noktah..
Ulasan
Catat Ulasan