Surviving Jahl 1

Nafas dilepas laju. Nizam melepaskan lelah di hujung lorong. Pistol di tangan di belek. Kelongsong peluru masih berbaki 4 butir peluru. Segera peluru ditambah. Pandangan dilemparkan ke sekeliling. Selamat. Punggung dilabuhkan seketika ke tanah. Wajah diraup.

"Mimpi apa ni Ya Allah? Macam mana aku boleh tiba-tiba ada kat tempat?"

Mata mula berkaca. Perkara terakhir yang diingat oleh dirinya ialah saat dia melepaskan lelah seketika di dalam masjid. Saat mata dibuka, semuanya telah berubah. Sepucuk pistol jatuh di tepinya. Saat dia memegang pistol tersebut, datang seekor makhluk seakan-akan zombi meluru ke arahnya. Dan segera sedas tembakan dilepaskan ke kepala makhluk tersebut. Segera makhluk tersebut tumbang. Tanpa berfikir panjang, terus Nizam menapak meninggalkan masjid sehingga langkahnya membawa ke lorong ini.

"Aku harap ni semua mimpi. Tolong bangunkan aku dari mimpi ni Ya Allah."

Kaki dirapatkan ke tubuh. Nizam menangis. Tak mampu lagi di tahan air mata yang mahu mengalir. Saat wajah diangkat, terlihat seekor makhluk datang ke arahnya. Nizam tak bergerak. Dia sudah putus harapan.

"Aku pasrah. Aku tak mampu. Biarlah aku jadi salah seorang dari mereka."

Mata dipejam. Beberapa minit kemudian, mata dibuka semula. Terlihat tubuh seorang lelaki berdiri di hadapannya. Pisau dikeluarkan sebelum lelaki tersebut menikam dada makhluk yang hampir. Makhluk tersebut terus tumbang.

"Takkan dah putus asa. Di dunia ni, kita kena terus survive. Kalau tak, kita akan jadi macam mereka."

"Siapa kau?"

"Nama aku Zaid. Kau orang baru kan?"

"Ya, nama aku Nizam. Kau dah lama ka kat sini?"

"Tak lama. 3 hari ja. Tapi dah cukup untuk buat aku kenal semua benda dalam dunia ni."

"Hah?"

"Pistol kat tangan kau tu pistol dakwah. Dan diisi dengan peluru tarbiah. Aku pulak pisau dakwah. Bilahnya disadur dengan tarbiah."

"Makhluk semua tu?"

"Nama mereka Jahl. Mereka akan sebarkan virus kegelapan Jahl melalui cengkaman."

"Jahl?"

"Kau tahu kenapa kita kat sini? Kita terpilih sebagai tentera istimewa. Lagi special dari FBI dan CSI. Jawatan yang susah nak sandang kat dunia ni."

"Apa?"

"Kita adalah 'Squad Daie'. Walaupun ketua kita dah lama wafat, kita yang akan menyambung legasinya. Ketua kita mungkin wafat jasad. Tapi, perjuangannya belum hilang. Kitalah penggerak perjuangan Baginda."

"Siapa ketua kita?"

"Muhammad Bin Abdullah. Khotimul anbiya' dan Rasulullah. Sekarang ni, kita yang sedang menggalas perjuangan Baginda. Nak terus survive, ada manual jugak. Apa yang perlu kau buat untuk terus hidup. Semua orang wajib berpegang dengan manual ni. Selagimana kau berpegang dengan manual ni, selagi tu kau dijamin selamat dan hidup. Nah."

Manual bertukar tangan. Mata Nizam terbeliak luas saat memandang manual tersebut.

"Al-Quran?"

"Yup. Sebenarnya, manual ni diturunkan untuk semua manusia. Namun, ramai yang berpaling darinya. Mereka tak sedar, segala perkara yang berkaitan dengan hidup, ada terkandung dalam ni. Dan orang yang kurang berpegang dengannya mudah dijangkiti virus kegelapan Jahl."

"Tapi, kenapa kita kena buat semua ni?"

Zaid diam. Satu alat dikeluarkan dari poket sebelum diletakkan ke tanah. Pancaran holografik keluar daripada alat tersebut. Nizam terlopong.

Ulasan

Catatan Popular