180 ° (16)

Fiyy berjalan mundar mandir. Sekejap ke dapur, sekejap kembali ke ruang tamu. Seketika dia masuk ke ruang tamu. Dia duduk disebelah Puan Julia. Puan Julia menoleh ke arahnya sambil tersenyum.

"Fiyy dah makan ke?"

"Be.. Belum lagi aunty.. "

"Ishh. Apa pulak aunty? Panggil mama. Baru habis akad nikah je tadi kan? You become a part of the family now dear. Don't be shy."

"Err, ok mama."

"Hah, macam tu la. Kenapa tak makan lagi? "

"Kejap lagi la. Kenyang lagi ni."

"Ouh. Ok. Pergi la duduk dengan your husband tu. "

"Malu la mama."

"Malu apanya? Haha. He's not a stranger. He's your husband."

"That's make it more awkward. Hehe. "

"Haha. Biasa la tu. Lama2 nanti ok la. Bila dah lama duduk sekali, perasaan tu akan hilang."

"Inshaa Allah. "

Fiyy memandang ke arah Kai. Rancak Kai berbual dengan abang Mu'az. Dia masih malu. Walaupun akad nikah telah selesai dilafaz, Fiyy masih malu untuk berbual. Cincin dijari ditatap. Tak sangka majlis tunang dan akad nikah bakal diadakan sekali. Muka merah padam menahan malu saat melihat cincin. Bahu kanannya ditepuk perlahan.

"Biasa la Fiyy. Lama2 nanti ok la tu. Akak jamin. " Sakinah mengusap perlahan bahu adiknya.

"Terima kasih akak."

Mata memandang kembali ke arah Kai. Seketika senyum terukir di bibir.
__________________________________________

Kai duduk di meja dapur. Note 4 dibelek. Mesej memenuhi notification whatsapp. Satu persatu mesej dibaca. Seketika Fiyy berjalan ke dapur. Kai memandang wajah Fiyy dengan senyum lebar. Fiyy membalas senyuman. Seketika Fiyy cuba bersuara.

"Erm, nak air? "

"Coffee please. Caramel. Less sugar."

"Amboi. Tinggi permintaan. Haha. Ok siap."

"Thanks dear. "

Beberapa minit kemudian, dua mug air diletakkan di atas meja. Satu mug ditolak ke arah Kai. Kai senyum sambil memandang wajah Fiyy. Fiyy hanya senyap. Masih malu untuk bersuara. Kai meletakkan note 4 ke tepi. Wajah Fiyy ditatap sambil tangan menongkat dagu.

"Kenapa ni? "

"Nothing.. Just.."

"Awkward ea? "

"A bit.."

"Normal. "

"We need time.."

"Of course we do. We have forever right? "

"I guess. And one question for you."

"Yeah? "

"Saya tak sempurna.. Awak sudi terima saya seadanya?"

"Saya pun tak sempurna sebab saya dah hilang satu tulang rusuk dulu. Kini, dengan awak ada di sini, saya rasa hidup saya sempurna. Sebab awak telah sempurnakan hidup saya. "

"Kisah silam saya buruk.."

"Hidayatus Safiyya. Leave the past that weaken you. Embrace the future that comes to you. And that's how you live your life. "

"Mungkin saya bakal bawak banyak masalah kepada awak."

"It's ok. We'll go through it together. You have me and I have you. So none of us should worry right? When you need a guardian, I'll be the one. When I'm weak, I know you always there beside me. So, okay?"

"Thanks. "

" For what Fiyy? "

"Kerana terima saya seadanya."

"Thanks to you too. For being a part of my life. Lepas ni panggil abang tau. Jangan panggil Kai. And I'll call you Fiyy. Are you ok with it? "

"Ok.."

"Good. Sekarang pukul berapa? "

"6.15 pagi. "

"Dah sembahyang subuh?"

"Ishh, orang sembahyang dengan abang kan tadi? "

"Hehe. Ok. Pergi siap cepat. Abang nak ajak keluar ni."

"Pergi mana? "

"Nah."

Sepasang kasut diletakkan di atas meja. Fiyy terkejut. Pandangan segera ditala menghadap wajah Kai.

"Abang Mu'az bagi kelmarin. Katanya yang Fiyy punya. Masa kita sampai rumah Fiyy, abang sembang dengan abang Mu'az. Tiba-tiba dia bagi ni. "

"Tapi, kita mana ada bola.."

Kai mengeluarkan bola dari bawah meja. Bola dilantunkan ke lantai. Fiyy tercengang. Kai senyum.

"Jom."

"Takde orang tengok ke? "

"Sape yang nak keluar pagi-pagi camni? Haha"

"Ok. But I think I've lost my skill.."

"It's ok. It's time for you to rebuild it."

"I guess I have no choice. I'll get dress."

"I'll wait for you. "

Beberapa minit kemudian, Fiyy turun. Kai tersenyum. Cukup menawan isterinya bertudung bidang 60 dan berbaju T-shirt muslimah. Tangan dihulurkan ke arah Fiyy. Fiyy menyambut tangan Kai. Saat mereka berjalan ke pintu, Mu'az sedang menunggu dihadapan pintu.

"Nak ke mana ni? "

"Errr...game?"

"Well. Enjoy. Balik nanti tolong beli roti canai. Dua keping untuk abang tau."

"Inshaa Allah. Kami pergi dulu."

"Ok. "

Kai dan Fiyy melangkah keluar. Mu'az menggelengkan kepala saat memandang teletah Kai dan Fiyy.

"Mungkin aku pun kena cari isteri ni. Lepas ni tak sunyi la kot."
____________________________________________

Kai duduk termengah-mengah di tengah court basketball. Fiyy masih berdiri sambil melantunkan bola. Seketika bola basket di pusing di jari.

"Cepat la bang. Tadi beriya-iya ajak Fiyy main. Sekarang ni Fiyy dah score 38. Abang baru 12. Takkan dah mengalah kot. "

"Fiyy ni mesin ke apa ni? Skill Michael Jordan belum tentu menang ni."

"Hehe. Dah nak stop?"

"Tak boleh nak go on."

"Ok la. We stop here. "

Fiyy berjalan sambil membawa bola duduk disebah Kai. Peluh jelas kelihatan di dahi Kai. Sehelai sapu tangan dikeluarkan sebelum Fiyy mengesat dahi Kai. Kai senyum memandang wajah Fiyy.

"Glad you come in my life."

"Glad that Allah fate us together. "

"His fate fare us better ea?"

"Indeed. "

"Satu ja abang harap."

"Apa? "

"Susah senang, Fiyy akan sentiasa ada di belakang abang. Support abang masa abang nak jatuh."

"Tak nak la. Abang tu berat! Patah tangan Fiyy nak tahan abang."

"Pandai gurau ea? Haha. "

"Kenyataan. Tapi kalau hakikat dari madah, of course I'll be there for you. Since abang ikhlas terima Fiyy seadanya. Tapi satu syarat!"

"Apa? "

"Fiyy tak nak dimadukan."

"Why nak kena madukan? For me, you are enough. You are everything. Keep my word sweetie."

"Thanks."

"My pleasure."

Kepala disandarkan ke bahu Kai. Kai senyum. Kepala Fiyy dipegang lembut.

"We'll go through this together. You and me, with Allah guidance to Jannah. "

"Inshaa Allah."

#Kau, aku, kita semua. Datang dari Allah. Hidup untuk Allah. Dan pulang kepada Allah. Jadi sama-sama kita hidup saling membimbing ke arah rahmatNya..

The end.

Ulasan

Catatan Popular