180° (14)
Kai menarik nafas panjang. H2O disebelah dipandang. H2O hanya mengangguk. Masing-masing menelan liur di rengkung. Kai mengangkat tangan perlahan-lahan. Pintu diketuk. Tiada jawapan. Kai memandang H2O dengan dahi yang berkerut.
"Ketuk lagi sekali Kai. Mana tau dia keluar pulak. "
Tangan mengetuk pintu untuk kali kedua. Masih sunyi tanpa sahutan. Kai memandang semula H2O. Dahi berkerut 2 kali ganda dari tadi. H2O cuma mengisyaratkan supaya Kai mengetuk untuk kali ketiga. Kai hanya menurut. Seketika pintu terbuka. Amsyar berdiri di muka pintu.
"Kai, H2O. Ada apa? "
"Amsyar, aku dengan H2O nak... Nak..."
"Nak? "
"Nak mintak tolong boleh?"
"Ya? Yang mana aku boleh tolong, aku tolong. "
"Err... Sebenarnya... Kami nak kau ajar kami sembahyang..."
"Oh. Haha. Kenapa nampak teragak-agak? "
"Malu..."
"Takde apa yang perlu dimalukan. Kalau kau malu, sampai mati kau akan hidup sesat tanpa petunjuk. Sampai mati pun kau akan terus dalam kesesatan yang nyata. "
Kai tunduk. Cermin mata ditanggalkan. H2O dengan Amsyar hanya memerhati gelagat Kai.
"Err, Kai... Kau ok tak?"
"Aku ok.. Cuma.. Kata-kata kau... "
"Eh, sorry la kalau kata-kata aku sakitkan hati kau."
"Tak.. Cuma.. "
"Cuma?"
"Kata-kata kau tu. Buat aku sedar. Aku dah lama sesat dalam kesesatan yang nyata. Rasanya dah terlambat kot nak kembali ke pangkal jalan. "
"Masih belum terlambat. Harapan tu sentiasa ada. Pintu taubat masih belum tertutup selagi belum kiamat. Dah la. Aku boleh ja tolong Inshaa Allah."
Kai dan H2O senyum.
"Tapi dengan syarat. Setiap kali waktu solat, korang ikut aku. Lepas maghrib, kita jumpa kat bilik aku. Kita buat usrah. "
"Usrah?"
"Yep. Usrah. Lepas maghrib ni kita jumpa. Aku akan terangkan semua benda. Jangan risau. "
Kai dan H2O berpandangan. Mereka hanya mengangguk. Amsyar senyum.
__________________________________________
"Usrah ni maksudnya keluarga. Jadi bila kita adakan usrah ni, maksudnya kita sedang berkeluarga. Jadi dalam konteks keluarga, ada tiga perkara yang membina sebuah keluarga. Pertama Ta'aruf. Kedua Tafahum. Dan ketiga Takaful."
"Apa tu? "
"Dalam keluarga, perakara paling penting adalah Ta'aruf iaitu berkenal-kenal. Bila kita hidup secara berkeluarga, pasti kita akan saling kenal antara satu sama lain. Allah sebut di dalam Quran bahawa manusia dijadikan untuk berta'aruf. Kita tahu nama dia. Kita tahu perangai dia. Betul kan?"
"Ya. "
"Kedua, Tafahum. Maksudnya saling memahami. Bila kita dah kenal saudara kita, kita kena belajar untuk memahami dia. Sifat dia, apa yang dia suka. Apa yang dia rasa. Bila kita memahami antara satu sama lain, baru keharmonian sebuah keluarga itu akan wujud. Hidup dengan saling memahami. "
Kai dan H2O tekun mendengar. Amsyar terus menyambung penerangan.
"Yang ketiga, Takaful. Maksudnya saling bantu-membantu. Bila kita hidup berkeluarga, bila salah seorang ahli keluarga kita ada masalah, mesti kita akan tolong. Sebab tu, tiga perkara ni adalah asas utama dalam pembentukan sebuah usrah atau keluarga."
"Ouh. Tapi apa fungsi usrah ni? "
"Usrah ni senang aku cakap keluarga kedua selepas keluarga kita. Bila kita ada masalah, kita boleh berkongsi dengan saudara kita dalam usrah. Dan usrah ni nak membantu juga untuk mengubah diri kita menjadi lebih baik. Kadang2 mad'u bosan dengan usrah. Jadi dai' perlu pandai tarik minat mad'u untuk terlibat dalam usrah. Aku akan cuba sebaik mungkin tarik korang ke jalan yang benar. Inshaa Allah. "
Mereka terus berbicara. Berkongsi rasa. Gelak tawa kadang terhambur. Usrah bukanlah sesuatu yang membosankan. Kadang-kadang ianya sesuatu yang bermanfaat. Kai kini merasakan kekosongan dalam dirinya semakin terisi. __________________________________________
Notification whatsapp berbunyi. Kai membaca mesej yang diterima.
"Assalamualaikum. It's been a long time. How are you? Sekejap je masa berlalu. Tinggal lagi sebulan saya dah nak grad. How about your studies? Hope you always in his blessing.
Greetings: Fiyy"
Kai senyum. Jari menaip laju membalas mesej yang diterima.
"Waalaikumussalam. Alhamdulillah. Semuanya baik. Saya sekarang ni tengah exam untuk final. Lepas ni dah grad. Alhamdulillah. Usaha kuat sikit ya. Saya doakan awak berjaya dunia akhirat InshaaAllah."
Selepas beberapa minit, mesej baru masuk. Kai segera membaca.
"Ok. Thanks. Awak pun usaha kuat sikit ya. Tahniah dah nak habis. "
Kai senyum. Tiba-tiba satu suara menyapa.
"Bang, giliran abang pulak."
"Ok. "
Kai membalas mesej Fiyy dengan pesanan ringkas.
"Saya ada benda nak mintak kat awak lepas grad nanti boleh? Tapi nantilah saya cakap. Sekarang ada kerja sikit. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum."
Kai bangun bergerak duduk di kerusi hadapan. Badan dilapik dengan kain. Lelaki tersebut memegang gunting di tangan kanan dan mesin potong rambut ditangan kiri.
"Panjang rambut abang. Hehe. Nak potong macam mana ni? "
"Potong pendek. Bawah no 3. Atas pendek. Layer hujung."
"Beres. "
Rambut yang panjang separas bahu digunting sedikit demi sedikit. Kai senyum sedikit. Mulut terkumat kamit menyebut satu kalimah.
Bismillah..
Ulasan
Catat Ulasan