Antara kita dan ilahi 4
8 tahun berlalu sejak peristiwa hari tu. Rina kini bekerja sebagai seorang guru agama islam bagi pelajar sekolah rendah. Kenangan hari itu masih bersisa. Namun dirinya mencuba sedaya upaya untuk melupakan Rahman. Warkah dari Rahman masih ada tersimpan. Sekurang-kurangnya itulah memorinya tentang Rahman buat kali terakhir.
Rina bertemu semula rakan2 lama pada majlis reunion yang diadakan. Mereka berbual mesra seperti biasa. Amir, Wirda dan Zulaikha. Kawan baik Rahman dan Rina. Mereka berbual rancak kerana sudah lama tak berjumpa sesama sendiri. Amir dan Zulaikha dalam diam telah mendirikan rumah tangga bersama. Wirda pula bakal berkahwin pada bulan hadapan. Apabila diceritakan kerjaya masing2, semua gembira kerana masing2 sudah berjaya. Zulaikha dan Amir terpaksa berangkat terlebih dahulu kerana ada hal yang perlu diuruskan. Wirda dan Rina menyambung perbualan mereka.
"Haha. Rindu betul waktu dulu2 kan Rina?"
"Hm. Tu la. Nostalgik balik bila teringat. "
"Tu la. Kalau Rahman ada kat sini sekarang pasti lebih meriah kan? "
"Betul tu. Malangnya dia dah pergi. Pergi untuk selamanya."
"Apa kau merepek ni Rina?"
"Korang belum tahu ke? Rahman kan dah... "
"Kenapa dengan aku?"
Rina pantas menoleh apabila satu suara menegur dari belakang. Seorang lelaki berbadan tegap berdiri tepat di belakang Rina dengan sweater Nike yang dikenakan. Rina terkedu. Wajah lelaki tersebut seperti pernah dilihatnya sebelum ni.
"Wirda, Rina. I'm here. "
"Rahman? Oh my gosh Rina. Look at him. Wow. Handsome."
"Rah... Rah.. Rahman? Betul ke ni?"
"Yes it is. Tak kenal dah ke? "
" Tapi Rahman badannya comel montel. Kau sado... "
" Hahaha. Can't human change within a year? "
" Rahman, meet me inside. In front the counter. "
Rina berlalu pergi memasuki main entrance hotel. Rahman hanya mengekori dari belakang. Tangan dilambai ke arah Wirda menandakan dia meminta diri. Setelah melangkah masuk, Rina berdiri di hadapan sambil bercekak pinggang. Mukanya merah menahan marah. Peluh mula menuruni dari dahi Rahman.
"Glad to meet you here Ri.. "
" Where the hell were you all this while? "
"Rina. I give you letter right?"
"Once. Just that time you leave. I thought you were dead. "
"Astaghfirrullah hei. Apa sampai doa aku mati ni?"
"You wrote that. Like you won't come back. "
" Sorry la Rina. Aku tak tahu tulis surat. Aku tulis tu seikhlas hati tau. "
Air mata Rina mengalir. Segera diusap dengan lengan baju.
" Aku risau tau tak? Aku ingat aku dah hilang kau Rahman.. "
" Rina... I'm sorry. I didn't mean to. "
Tangisan Rina semakin laju menuruni pipi. Rahman hanya memandang dengan pandangan sayu.
" I'm glad with you Rina. Although aku takda, kau boleh survive sampai sekarang. Look at you now. Ustazah kot. "
" Mana kau tahu? "
" My mother.. "
" Okay.. "
" Rina... Lepas ni aku janji, aku takkan tinggalkan kau lagi. Aku akan sentiasa ada dengan kau. "
" What do you mean? "
" Esok mak aku nak datang rumah kau. Satu family aku la. Nak seek your hand in marriage... Apa jawapan kau? "
Rina terdiam. Tangisannya terhenti. Pandangan segera dihadapkan ke muka Rahman. Dia terus melangkah pergi meninggalkan Rahman. Sampai di hadapan pinti masuk, langkahnya terhenti. Kepala tidak di toleh ke arah Rahman namun suaranya yang keluar.
" At 11. Jangan ramai sangat. Nanti susah nak jamu makanan. "
Rahman hanya tersenyum.
" Deal"
Langkah terus diatur keluar daripada pintu. Rahman tersenyum. Panggilan dibuat melalui telefon.
" Yes dear? "
" Ma, Esok pukul 11. Konfem."
" Really? Thank goodness. Dia setuju? "
" Eh tak lah. Dia panggil sebab nak reject. Haha. Apa la mama ni. Dia konfem la tu. "
" Ok dear see you tonight."
" Ok ma. "
Panggilan ditamatkan. Matanya memandang Rina diluar. Senyum terukir dibibir. Langkah diatur perlahan meninggalkan ruang depan hotel. Persediaan perlu dibuat untuk esok. Dia tahu, urusan ni takkan mudah jika tak diredhai ilahi. Ini kisah mereka berdua. Kisah berkongsi rasa. Antara mereka dan yang Maha Kuasa...
Ulasan
Catat Ulasan