Antara kita dan ilahi 3

" Assalamualaikum mak cik!"

" Waalaikumussalam. Oh Rina. Ada apa?"

" Saja datang melawat. Mak cik sihat? "

" Sihat Alhamdulillah. Masuk la dulu. "

Puan Ramlah segera membuka pagar besi yang berkarat itu. Rina melangkah masuk sambil memerhatikan sekeliling kawasan rumah kalau2 Rahman ada bersama namun hanya daun bunga yang melambai-lambai sahaja kelihatan. Kedua2 mereka melabuhkan punggung di atas kerusi di halaman rumah. Puan Ramlah menyuruh Bibik Ina untuk mebancuh air bagi Rina dan dirinya. Seketika kemudian, pandangannya dikalih menghadap Rina.

"Sihat? "

" Alhamdulillah mak cik"

"Macam mana result SPM tadi? Ok? Hari ni kan keluar keputusan? "

Slip keputusan dikeluarkan dan dihulurkan kepada Puan Ramlah dengan senyuman.

" Alhamdulillah Rina. Bagusnya result kamu ni. "

" Ya. Rahman macam mana mak cik? "

Puan Ramlah hanya terdiam. Riak wajahnya berubah sama sekali. Dia bangun dari duduk dan berjalan masuk ke dalam rumah. Rina menggaru kepalanya yang tidak gatal. Hairan dengan situasi tersebut. Beberapa minit kemudian Puan Ramlah datang semula dengan sepucuk surat di tangan bersama Bibik Ina yang membawa air yang dipesan. Puan Ramlah duduk sebelum Bibik Ina berjalan masuk kembali ke dalam rumah.

"Rahman tak bagitau apa2?"

" Tak pun mak cik. "

" Ambik surat ni. Rahman tinggal untuk kamu. Tapi satu je pesan mak cik. Balik bukak di rumah ya? "

" Ok mak cik.. "

Air muka Puan Ramlah cuba kembali kepada senyuman namun manis kurang daripada sebelumnya. Dijemput Rina untuk minum air yang telah disediakan. Rina mula merasa tidak sedap hati dengan situasi berikut. Air diteguk sambil fikiran melayang mencari kebenaran.

__________________________________________

"Surat apa ni? "

Surat yang diterima tadi segera dibuka setelah dia sampai ke rumah. Mata meliar membaca isi kandungan surat. Air mata mula mengalir perlahan. Semakin lama dia membaca surat tersebut, air mata semakin laju turun membasahi pipi.
" Mak!! Rahman Mak!! "

Ulasan

Catatan Popular