Ramadhan! Jangan pergi!
Matanya dibuka perlahan-lahan. Sedikit mengecil apabila lampu umpama menyuluh tepat ke arah wajahnya. Badan diangkat perlahan dari perbaringan. Mata memandang keliling. Kosong hanya dihiasi dinding putih. Kaki menjejak lantai. Langkah diatur perlahan. Kebingungan melanda Syafiq. Tidak tahu di mana dia berada kini. Dari jauh, kelihatan seorang lelaki sedang mengemas barang2 ke dalam beg sebelum beg ditutup. Perlahan dia mendekati lelaki itu. Lelaki itu memandang ke arah Syafiq dan memberikan senyuman. Syafiq membalas senyuman tersebut sebelum bertanya:
"Assalamualaikum. Siapa awak ni?"
"Waalaikumussalam. Awak kenal saya Syafiq. Jadi saya tak perlu kenalkan diri"
"Kenal? Nama awak? "
"Saya Ramadhan."
"Ramadhan? "
"Ya. Setiap tahun kita berjumpa, namun hanya sebulan. Sebab itu awak mungkin tak ingat saya. Sekejap saja pertemuan kita saban tahun."
Mendengar kata2 tersebut, Syafiq tersentak. Mulutnya ternganga luas. Matanya terbeliak. Seketika matanya terpandang pada beg yang berada di hadapan Ramadhan. Soalan cuba diaju lagi.
"Apa yang awak sedang buat? "
"Oh. Ini? Saya sudah nak berangkat. Tak lama lagi Syawal nak datang. Jadi saya berkemas untuk berangkat pergi. Mungkin lama. Tapi bukan semua orang kisah kan? Orang lebih tunggu Syawal dan saya dihalau pergi. Inilah nasib saya."
Syafiq membisu. Matanya berkaca mendengarkan ayat Ramadhan. Sebak di dada di tahan sedaya mungkin.
"Setiap tahun saya datang. Setiap tahun saya membawa bersama saya rahsia Allah yang sudah diterangkan oleh nabi Muhammad. Namun amat sikit umat manusia yang cuba Bersungguh2 mencari rahsia tersebut. Setiap tahun juga saya datang menanti untuk menyaksikan manusia yang datang untuk solat terawih. Namun saban tahun makin kurang orang yang menjejakkan kaki mereka ke masjid. Saya datang bersama berjuta kebaikan. Namun, sangat sikit manusia yang mencari kebaikan tersebut. Namun, siapalah saya untuk memaksa. Bulan inilah masanya manusia mengejar kebaikan. Namun bilangannya boleh dihitung dengan jari. Bulan ini juga merupakan nuzul Quran namun tak ada yang mengambil peluang pada bulan ini untul khatam atau meraikannya. Sangat rugi manusia kini."
Air mata Syafiq mula laju menuruni pipi. Dia sedar, dia antara golongan yang disebut Ramadhan. Dia rasa malu. Rasa kesal memenuhi dada. Air mata diseka. Kepala didongak menghadap wajah Ramadhan. Ramadhan hanya tersenyum. Beg dicapai dan diusung. Ramadhan melangkahkan kaki meninggalkan Syafiq sendirian. Langkahnya terhenti seketika. Nama Syafiq dipanggil. Syafiq memandang ke arahnya.
"Ingat! Beribadatlah di bulan ni umpama tiada lagi bulan Ramadhan untuk kamu tahun hadapan. Saya kena pergi dulu. InshaaAllah ada rezeki, kita jumpa lagi tahun hadapan. "
Ramadhan kembali melangkah menuju ke arah cahaya terang. Syafiq cuba mengejar namun usahanya seakan-akan sia-sia. Langkahnya seolah tidak bertapak. Jaraknya tidak berganjak. Ramadhan hilang di sebalik silauan cahaya terang.
" Ramadhan! Jangan pergi! "
Matanya terbuka. Kepala segera diangkat dari bantal. Jam loceng dilihat. Pukul 4.30 pagi. Dadanya berombak kencang. Nafas berat dihembus. Peluh yang membasahi dahi disapu. Tanpa berlengah, Syafiq terus bangun dan bersahur. Tepat jam 5 pagi, wudhuk diambil. Solat sunat tahajjud, hajat dan taubat didirikan. Al Quran dibuka dan terus dibaca. Tatkala itu bacaannya terhenti pada satu ayat yang menceritakan berkenaan nuzul Quran pada bulan Ramadhan. Senyuman terlakar di wajah. Air mata mengalir.
"Ya Allah. Terima kasih kerana Engkau telah mengirimkan Ramadhan untuk mengingatkan aku. Istiqamahkan aku dijalanMu. Moga Aku sempat bertemu dengan Ramadhan seterusnya. Amin. "
Bacaan disambung sehingga masuk waktu subuh...
#The_End
Ulasan
Catat Ulasan