Kembali... 7

Beberapa bulan telah berlalu semenjak kejadian penculikan Nurul. Kehidupan mereka kini berjalan seperti biasa. Aisar kini telah bekerja sebagai salah seorang pegawai di JAKIM. Nurul telah ditawarkan kerja sebagai guru Pendidikan Islam di sekolah rendah. Aiman pula kini berada di lapangan terbang. Sedia menunggu penerbangan ke Australia bagi menyambung pelajarannya. Dia ingin meninggalkan kenangan lama. Dia ingin melupakan Nurul. Dia sedar kini Nurul milik orang. Tiada lagi peluang buat dirinya untuk mendekati Nurul. Hari Sabtu menjadi pilihan kerana pada hari ini sahaja ayahnya cuti. Jam ditangan dilirik. Pukul 10.30. Penerbangan ke Australia pada pukul 11.15. Masih banyak masa berbaki. Sengaja dia bertolak awal ke KLIA kerana dia tidak mahu melengah-lengahkan masa dirumah. Aisar telah sedia maklum akan Aiman dan dia ingin mengiringi Aiman ke sana. Aiman akur. Dia kini menunggu kehadiran Aisar seperti yang dijanjikan. Tepat jam 10.46 Aisar tiba. Namun dia tidak keseorangan. Nurul berjalan dibelakang Aisar. Aiman sedikit tercengang. Aisar tersenyum. Langkahnya terhenti manakala Nurul memintas dirinya. Nurul berdiri dihadapan Aiman yang masih tercengang dari tadi.
"Assalamualaikum. "
"Waalaikumussalam Nurul. Awak buat apa kat sini?"
"Awak nak pergi tanpa bagitau saya. Nasib baik Aisar bagitau. "
"Kenapa? Kita bukan ada apa-apa pun. Awak tunang Aisar. Lebih baik awak ikut bakal suami awak. Lebih ambik tau pasal dia."
"Awak tak suka saya datang? "
"Bukan macam tu..."
"Aisar dah cerita segalanya pada saya masa kami putus tunang. "
"Awak dan Aisar putus? Kenapa?"
"Sebab, kami nak cari hidup kami sendiri. Bukan melalui mak dan ayah. Mak dan ayah kami yang redha dengan keputusan ni. "
"Awak tak menyesal?"
"Tak. Sebab saya dah jumpa imam yang saya cari. "
"Apa? Siapa?"
"Awakla Aiman. Aisar dah bagitau yang awak nak meminang saya dari awal lagi. Dan saya setuju. "
"Nanti dulu. Fikiran serabut ni. Apa maksud awak setuju?"
"Saya setuju awak sebagai imam saya. Saya nak awak jadi penjaga saya dunia akhirat. "
"eeh...?"
Aiman tertunduk. Mukanya tersenyum. Pipinya kelihatan merah. Aisar hanya tersenyum sambil menggeleng. Ibu dan ayah Aiman yang sedari tadi di dalam kereta keluar sambil membawa cincin. Aiman terbelalak.
"Abah, mak, macam mana boleh ada cincin ni? "
"Abah dengan mak yang plan dengan Aisar minggu lepas. Ni kamu nak ke tak ni? Tak nak sudah. Gadai balik cincin ni."
"Eh, nak la. Hehe"
Ibu dan ayah Nurul turut muncul dari belakang sambil tersenyum. Cincin disarung ke jari Nurul. Kedua2nya terssenyum malu. Aiman teringatkan sesuatu. Matanya memandang papan kenyataan penerbangan. Flight yang bakal dinaiki akan berlepas dalam lima minit. Aiman terus bergegas menggalas beg pakaian dibantu oleh Aisar, ayahnya dan ayah Nurul. Sebelum berlepas, Aiman bersalaman dengan bakal bapa mertuanya, ayahnya dan Aisar.
"Bro. Terima kasih buat semua ni untuk aku."
"Standard la. Kita kan kawan. Dah macam brother kita ni. Duduk sana tu jaga diri elok2. Jangan gatal curang dengan minah salleh pula. "
" Ok. "
Nurul disebelah ibunya dipandang. Langkah diatur perlahan menuju ke arah Nurul.
"Awak, saya akan tunggu awak."
"Terima kasih. Saya akan balik untuk awak."
Senyuman terukir diwajah. Aiman segera menuju ke arah flight. Punggung dilabuhkan di tempat duduk. Senyuman masih tidak lekang. Tak disangka perancangan ilahi itu sungguh indah. Perancangan ilahi pasti akan membawa menuju kebahagiaan hakiki. Syukur kepada tuhan kerana telah menulis jodohnya dengan Nurul. Doa dititip agar dia dan Nurul bakal bahagia kelak.

#TheEnd

Ulasan

Catatan Popular