Soal wanita 3....

Ketegasanmu umpama~
Benteng negara dan agama~
Dari dirobohkan dan jua~
Dari dibinasakannya~
Wahai puteriku sayang~
Kau bunga terpelihara~
Mahligai syurga itulah tempatnya~

Satu lagi rangkap bait lirik yang sangat indah. Baik dari segi rentak mahupun makna. Ketegasan seorang wanita itu umpama sebuah benteng. Benteng yang sangat kukuh untuk melindungi agama, maruah dan negara. Betapa hebatnya. Tegas wanita itu bukanlah pada ibu ayah, atau pada suami. Namun, pada lelaki yang bukan mahramnya. Tegas dengan pendirianmu. Tolak segala maksiat yang diajak untuk dilakukan. Sesungguhnya wanita ini umpama sebuah bunga yang dijaga rapi oleh agama. Maka hargailah. Bukan khianati agamamu. Jika wanita menjaga segala peribadi mereka, In shaa Allah syurga buat mereka. Kerana Islam sangat nemuliakan wanita. Ini SOAL WANITA...

Ulasan

Catatan Popular