Aku Tak Berdosa! 3
Takbir raya berkemundang memecah heningan pagi. Seusai solat raya, Adam terus pulang ke rumah bagi membantu ibunya dirumah. Alhamdulillah kini Adam telah pun mendapat pekerjaan di Melaka di salah sebuah syarikat yang ternama. Sampai saja dirumah, Mak Timah sedang duduk di tangga. Termenung teringatkan Aqif.
"Aqif, bila kamu nak balik nak.. "
"Mak, maafkan saya mak. Saya dah cuba cari Aqif. Tapi tak jumpa. Saya ada minta kawan2 saya carikan. Diorang pun tak jumpa jugak setakat ni. Apapun saya akan tetap cari dia"
"Takpe la Adam. Salah mak. Mak percaya cakap orang bulat2 tanpa soal siasat. Mak redha ja. Tunang kamu si Ain tu macam mana? Tak melawat dia?"
"Tak la mak. Jaga syariat. Hehe. Lagipun hujung tahun ni nak kawin dah. Sabar je la. Kawin nanti boleh tengok hari2"
"Ada2 je kamu ni"
"Mak Timah, ketupat ni nak letak dalam piring ke? Nak hidang untuk tetamu. "
"Letak situ Nur. Mari la sini dulu. Mak cik nak bincang sikit."
"Ada apa Mak Timah?"
"Mak cik nak ucap terima kasih kat Nur. Selama 8 tahun ni Nur sanggup jaga mak cik. "
"Ala. Takde masalah Mak Timah. Perkara biasa je."
"Nampaknya tahun ni pun Aqif takkan balik lagi"
"Mak Timah, In shaa Allah dia balik"
"Tak pe. Mak cik tak kisah"
"Mak Timah, jom la masuk dalam"
"Ok.. "
"Sekejap ye Mak Timah, saya nak telefon sekejap"
Nur melangkah ke dapur meninggalkan Mak Timah di ruang tamu. No Aqif terus didail. Seketika panggilan disambung..
"Hello. Aqif tolong la balik. Awak janji nak balik tahun ni"
"Nur, saya tak boleh sekarang ni"
"Kenapa? Awak tak kesian ke kat mak awak? "
"Sebab saya dah ada depan rumah sekarang ni.."
Nur terkejut lantas terus meletakkan panggilan. Terlihat Aqif di hadapan pintu yang sudah 8 tahun tidak berjumpa.
"Mak Timah! Mari sini cepat! "
" Kenapa Nur? "
Mak Timah tergamam melihat anak yang dihalaunya lapan tahun lalu kini pulang dengan kereta miliknya. Air mata mengalir laju dipipi. Aqif segera menuju ke arah ibunya.
" Assalamualaikum.. Mak... "
" Waalaikumussalam.. "
" Mak.. Minal aidil wal faizin mak. Maafkan Aqif mak. Aqif tinggal mak sampai 8 tahun tanpa khabar berita. Aqif bersalah. Aqif berdosa. Aqif derhaka."
" Aqif, patutnya mak yang mintak maaf. Mak yang bersalah. Mak tak usul periksa. Mak terus ikut cakap tok ketua. Maafkan mak."
" Mak, Aqif dah balik. Aqif dah kerja kat Jabatan Agama Islam negeri mak. Aqif boleh tolong mak sekarang ni."
" Mak lebih syukur bila kamu balik. Kamu ni merupakan anugerah Allah yang terbaik untuk mak"
Aqif mengalih pandang kepada Nur.
"Nur,terima kasih sebab sudi jaga mak saya selama lapan tahun ni"
"Tak de masalah. Kecik je tu. Jom makan. Sekejap saya pergi hidang makanan"
Nur meluru ke dapur meninggalkan Mak Timah dan Aqif.
"Mak, Aqif bawak bawak balik sesuatu"
"Apa? "
" Aqif bawak balik berita yang Aqif nak bertunang.. "
"Ye? Dengan siapa?"
"Tu yang kat dapur tu.. "
" Oo. Jangan risau. Nanti mak handle. Jom makan dulu apa2 pun"
"Haha. Ok. Aqif janji lepas ni Aqif takkan tinggalkan mak lagi"
"Mak pegang janji Aqif tau."
Terima kasih tuhan. Kau masih berikan aku ibuku. Aku harap Engkau jagalah kami sekeluarga dari bahaya fitnah manusia. Segala ketentuan hidupku, aku serah padaMu, tuhanku.. Pimpinlah kami ke jalan RedhaMu..
حسبنا الله ونعم الوكيل،
نعم المولى ونعم النصير
Ulasan
Catat Ulasan