Final
"Jumpa dia tadi?" Kucai bertanya terus tanpa berselindung.
Kening Benz terangkat sebelah.
Kucai senyum tawar. "Jangan buat tak paham dengan aku. Jumpa Didi tak tadi?" tanyanya terus tanpa mukadimah.
"Kat kelas." Pandangannya dilontar jauh ke arah parking lot di depan surau yang terletak di antara kolej kediaman putera dan puteri tu.
"Cakap dengan dia?“
Wajah Kucai dipandangnya." Tak."
Kucai menghela nafas panjang." Kau nak cakap dengan dia tak ni? "
Pandangannya ditala kembali ke tempat parkir. Serena hitam yang dilihatnya tadi kini mula bergerak meninggalkan surau.
" Kau cakap dulu kau bukan nak cari pasal dengan hidup adik aku."
Wajahnya terangkat mendengar suara dingin tanpa nada itu. Kucai berdiri di hadapannya. Dapat dilihat dada Head Boy di hadapannya berombak ganas seolah-olah menahan sabar. Telefon bimbit di tangan kanannya seolah-olah akan hancur dengan genggam buku lima. Di sebalik cermin mata tanpa bingkai itu dapat dilihat mata Kucai dingin berbara.
"Sebelum aku buat apa-apa Benz, I gove you one minute to hear your say." Namun suara diplomasinya masih dingin seperti tadi.
Mata kucai yang seolah-olah boleh menembus mana-mana jasad ditentangnya. Benz menghela nafas perlahan. "Aku sayang dia."
Riak wajah Kucai ketika itu nyata tidak dapat ditafsirkan antara terkejut atau mahu melayangkan buku lima.
"Aku sayang dia." Ulangnya lagi. Tenang dan yakin. "I just want to protect her."
"Benz." Kucai memanggil apabila dilihatnya Benz tidak memberi reaksi.
Perlahan Benz melepas nafas. "Aku rasa biar je laa macam ni."
"Benz, aku berdiri depan kau sekarang ni sebagai kawan kau. Bukan sebagai abang dia."
"Biar macam ni." Benz mengeluh perlahan memberi kata putus.
"Benz...!"
"Dia takkan ingat dan aku pun takkan mengungkit." Benz terlebih dahulu memotong.
"Sekurang-kurangnya mungkin kau nak clarify hal hari tu. Lepas ni entah zaman bila pulak korang nak jumpa lagi."
"Dia takkan nak jumpa aku lagi."
"Biar aku je yang cakap dengan dia."
Wajah Kucai direnungnya. Benz menggeleng perlahan. "Janji dengan aku Kucai. Not a word out." Pandangannya ditala semula ke arah parking lot di sebelah Prado yang kini kosong. "Biar je macam ni."
"Sekadar macam tu?"
"Biar je macam ni."
Kucai merengus perlahan. "Lame, Benz."
"Case's closed." Tenang dia menuturkan.
Kucai melepas nafas perlahan. Akur. "Kalau kau sendiri yang dah kata macam tu." Wajah Benz dipandangnya. "Kau sure?"
"Case's closed." Muktamad.
Ulasan
Catat Ulasan