Tuhan, tarik aku!
Air Spritzer diteguk. Seketika botol diletakkan kembali ke atas meja. Adnan disebelah dipandang sekilas. Adnan hanya mengerutkan dahi. Mu'az senyum.
"Bro, kau betul-betul nak pergi ke ni?"
"Memang nak pergi Nan. Aku perlu pergi."
"Kau nak tinggalkan aku? Rumah kau? Syarikat kau?"
"Aku pergi sekejap jaa. Inshaa Allah aku akan balik. Kau tolong jagakan dulu syarikat ni. Boleh?"
"Ermm. Aku cuba buat yg terbaik."
"Terima kasih. Aku gerak dulu."
"Hati-hati, Mu'az."
"Ok."
Mu'az melangkah masuk ke dalam kereta. Dia tahu, perjalanan yang panjang, bakal dia tempuhi. Demi mencari makna sebuah kehidupan. Demi mencari hakikat insan. Dan mencari semula Tuhan.
Ulasan
Catat Ulasan