180° (3)

"Apa yang awak cari Fiyy?"

"My wallet.. "

"Letak mana tadi?"

"Tadi ada sekali dalam beg. Rasanya terjatuh kot. "

"Jatuh? Macam mana boleh jatuh?"

"I bumped with a guy... "

"Lepas tu macam mana? Entah2 dia ambik tak? Orang zaman sekarang ni bukan boleh percaya sangat. "

"Mungkin... "

"Tak pa. Jom hari ni Maria belanja. Jom."

"Thanks Maria. "

__________________________________________

Lagu Travelling Light-Talib al habib bermain di corong speaker. Safiyya mengambil telefon. Nombor yang tidak dikenali. Panggilan dijawab.

"Hello?"

"Nur Hidayatus Safiyya?"

"Speaking. Who there? "

"My name's Khairul Aiman Izwan. Just call me Kai. I believe this wallet belongs to you am I right?"

"Ah. You're the long hair guy. Ada dengan kamu? Bila boleh saya ambil ya? "

" Tempat kita bump in tengah hari tadi boleh?"

"Ok. "

Panggilan terus ditamatkan. Kai terkejut. Amboi minah ni. Kot nak ucap thanks ka. Samsung galaxy note 4 diletakkan di atas meja. Selimut ditarik. Lagu Grenade-bruno mars bermain di corong speaker. Seketika mata semakin berat. Akhirnya mata terpejam dibuai mimpi indah.
__________________________________________
Jam ditangan dilihat berkali-kali. Sudah pukul 12 tengah hari. Kalau diikutkan hati, kaki boleh saja melangkah pergi. Namun entah gam UHU mana yang tak membenarkan kaki melangkah pergi. Earphone ditanggalkan. Beberapa minit kemudian, Safiyya muncul dengan tergesa-gesa. Kai bangun dari duduk sebelum melangkah ke arahnya.

"Err, Safiyya kan? "

" Oh. You. Panggil je Fiyy. Wallet saya mana? "

"Ni. Semalam saya ada panggil, tapi awak tak dengar. Minta maaf semalam saya bukak Wallet ni sebab nak cari owner punya nombor."

"Takpe. Terima kasih Kai. Macam mana saya nak balas budi awak? "

"Haish. Tak payah susah-susah miss. Saya ada duit lagi. Setakat semua ni hal kecik je."

"Takpe. Saya belanja awak makan. "

"Minum je. Tak payah makan. Kenyang lagi."

"Deal! "
__________________________________________

Vanilla Latte diteguk sedikit demi sedikit. Sudah hampir 10 minit mereka duduk di kafe tersebut namun Kai dan Fiyy kedua2nya tidak bersuara. Note 4 diletakkan diatas meja sambil mata merenung Fiyy dari atas ke bawah.

"Err, Fiyy. Nak tanya sikit?"

"Ya? "

"Awak ni dah kerja? Ustazah?"

"Oh. Tak lah. Saya student universiti lagi. Tahun ke 3 dah. "

"Course?"

"Account. Awak student jugak?"

"Ya. Psikologi. "

" Wow. Hebat. Tahun ke? "

" Sama. Tahun ke 3 jugak. Tapi belajar psikologi ni susah la jugak. "

"Susah?"

"Sebab bila belajar psikologi ni, awak belajar untuk kenal orang. Bukan mudah semua tu. Banyak teori nak kena tau."

"Oh! Saya agak berminat pasal psikologi ni. Boleh cerita sikit? "

"Oh. Boleh. Macam ni..."

Perbualan antara mereka berlangsung selama hampir sejam. Fiyy betul2 berminat dengan psikologi. Dan Kai seronok bercerita. Pertama kali ada yang berminat dengan apa yang dia sampaikan. Titan pun tak pernah dilihat begitu teruja sebagaimana Fiyy. Setelah lama selesai Kai menceritakan sebahagian daripada psikologi, dia melihat jam ditangan. Sudah pukul 1.30 petang.

"Dah lewat rupanya. Lama betul kita bersembang kan? "

"Eh. Ya la. Minta maaf Kai, saya kena mintak diri dulu. Ada kerja sikit. Lain kali kita sembang lagi."

"Ok. Nampak kelam kabut ni nak pergi mana? "

"Dah masuk zohor la. Jom sembahyang dulu."

Kata2 Fiyy menusuk ke hati Kai. Sembahyang? Aduh. Dia ni Ustazah ke Accountant? Nak jawab apa ni?

"Nak pergi tak? Surau depan tu je. "

"Oh takpe. Saya sembahyang kat rumah nanti. Saya ada janji dengan orang lain."

"Ok. Jumpa lagi. "

Fiyy melangkah pergi meninggalkan Kai berseorangan di kafe. Latte di dalam cawan dipandang sebelum dihabiskan. Kai melangkah pergi. Dalam hati masih terngiang2 kata2 Fiyy kepadanya. Mulut terkumat kamit menuturkan sesuatu.

"Sembahyang..."

P/S :Bukan senang nak amal balik benda yang dah lama kau tinggal. Kan?

Ulasan

Catatan Popular