Kembali... 6

"Bos, lepas dapat duit tu, kita nak buat apa?"
"Kau ni kenapa? Kita fikir kemudian pasal benda tu. Yang penting sekarang ni kita kena terus ugut diorang. Kita boleh tambah amaun duit tu kalau kita nak."
"Ok bos! Tapi mana diorang ni? Lambatnya. "
"Kejap lagi sampai la tu"
Tiba2, kedengaran bunyi daun pintu dibuka si penjahat tersenyum riang membayangkan jumlah duit yang dibawa. Namun mereka dikejutkan dengan satu tubuh yang melayang ke arah mereka. Kedua2nya pantas mengelak. Pandangan mereka ditoleh memandang tubuh yang kaku di belakang.
"Bos! Ni Kodi bos! Pengsan ni! "
"Apa?"
Matanya memandang semula daun pintu yang terbuka luas. Dua orang lelaki melangkah masuk dengan tangan kosong.
"Sapa korang ni?! "
"Aku Aiman, dia Aisar. Kami nak ambik balik kawan kami."
"Jangan mimpi la!"
Aiman tersenyum sebelum kembali bersuara.
"Kawan kau semua dah tumbang. Tinggal korang berdua ja. Kalau kau rasa kau ni jantan, mari la lawan. "
"Kurang ajar! Simon, pergi!"
"Aisar, kau ambik budak yang nama Simon tu. Biar aku setel ketua diorang"
"Ok"

Aisar terus menuju ke arah simon. Langkah silat terus dibuka. Perasaan gentar diperlihatkan di roman simon. Simon pantas bergerak menuju ke arah Aisar sambil penumbuk dihayunkan ke arah Aisar. Serangan berjaya ditangkis. Aisar terus menendang perut Simon sehingga tersungkur menyembah bumi. Penumbuk dihadiahkan tepat ke muka Simon menyebabkan Simon pengsan. Darah membuak keluar dari mulut dan hidung. Aisar bangun dan melihat ke arah Aiman. Pertarungan Aiman dengan ketua penculik agak sengit. Kedua2 mereka bernafas berat. Aiman berdiri kembali. Penendang terus dihujah ke perut ketua penculik tersebut. Senak dirasakan sehingga jeritan melaung di mulut. Aiman memandang ke arah satu sudut. Dilihat Nurul masih tidak sedarkan diri. Sweater yang dipakai segera ditanggalkan. Nurul di dalam dakapannya beralaskan sweater. Aiman terus menuju ke arah pintu dengan Aisar.
"Woih budak! Aku tak mati lagi! "
Pandangannya diarah ke tubuh yang menggagahi kudrat untuk terus berdiri. Aiman mula merasakan kudratnya semakin lemah. Banyak tenaga yang telah digunakan tadi. Aiman memandang Aisar.
" Aisar, bawak dia pergi dari sini. "
" Mustahil. Kalau kami keluar, kau pun kena keluar dengan kami"
"Aku akan keluar kemudian. Percayalah. Nah. Ambik tunang kau ni. "

Nurul berpindah ke dakapan Aisar. Aisar memandang Aiman dengan penuh kerisauan. Aiman hanya menjempul jari naik. Dia terus berjalan ke arah ketua penculik manakala Aisar terus berlari keluar dari situ. Aiman memandang si ketua dengan pandangan tajam.

" Hoi budak! Aku tak pernah kalah. Ni Tamim la. Semua jahat kenal aku! Mustahil aku akan kalah! "
" Diamlah. Kita tamatkan semua ni dengan kadar segera! "
" Haha. Ok budak! "

Kedua2 mereka mengenggam penumbuk. Masing2 berlari kearah satu sama lain sambil menjerit. Sehingga kedua mereka bertembung. Tumbukan Tamim sempat dielak Aiman sebelum buku limanya menghinggap muka Tamim. Tamim tersungkur. Aiman segera menendang perut Tamim lalu terpelanting Tamim ke arah dinding. Langkah terus diatur menuju ke arah Tamim. Aiman mencangkung lalu menarik rambut Tamim.
"Selamat Malam! "
Tumbukannya sekali lagi menghinggap wajah Tamim. Kali ini kesedaran Tamim mula menghilang. Tamim pengsan serta merta. Telefon dikeluarkan dari poket seluar. Nombor telefon polis didail dengan menyatakan lokasi kejadian.
Beberapa minit kemudian, polis dan ambulans tiba. Aiman jalan terhincut2 keluar dari bangunan. Polis segera masuk lalu menahan Tamim dan konco-konconya. Beberapa orang medik datang mendapatkan Aiman. Matanya memandang ke arah Aisar dan Nurul. Nurul sedang dihusung masuk ke dalam ambulans. Matanya sudah terbuka namun lemah. Aisar berada di tepi memerhatikan. Aiman yang melihat dari jauh hanya tersenyum. Sedarlah dia bahawa aturan tuhan telah meletakkan segalanya. Aisar memang telah tertulis untuk Nurul. Dia tidak kisah. Asalkan Nurul bahagia. Keadaan disitu masih kecoh dan belum reda. Semuanya telah tamat. Aiman telah punya perancangan dari dulu. Lusa perancangannya akan dilaksanakan. InshaaAllah malaysia akan ditinggalkan dalam tempoh beberapa hari.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular