Kembali... 5

"Man.."
"Apa?"
"Sekejap je kan dah masuk 6 tahun. Kita pun dah grad ijazah"
"Ala, standard akhir zaman la. Masa semakin laju."
"Tu la. Aku takut la kalau kiamat datang nanti."
"Aku pun. Kejap, yang kau ajak aku jumpa kau ni kenapa? "
"Er, aku terlupa pulak. Nasib baik kau peringat aku. Sebenarnya macam ni, kau ingat Nurul?"
"Memang la ingat, kenapa?"
"Minggu lepas aku pergi pasar dengan mak aku, lepas tu jumpa la Nurul dengan mak dia. Rupa-rupanya, mak aku dengan mak dia kawan baik dulu masa diorang kat Kairo dulu. Beberapa hari lepas tu diorang datang rumah. Tapi Nurul tak de."
"Haha. Lawak la kau ni. Yang tu ja kau nak cerita? "
"Ada lagi, tapi, kau jangan marah. Terima benda ni slow2. Jangan sedih"
"Apa pulak?"
"Mak Bapak kami dah tunangkan kami berdua.. "
"...."
"Man... "
"Tahniah la ye Aisar. Eh, kau tak nak order makan ke? Aku lapar la pulak. Jom order makan. Alang2 nak masuk tengah hari dah ni."
Aisar hanya menganggukkan kepala. Dia tahu, jauh di sudut hati Aiman, dia sedang menangis. Dia perlu membiarkan dulu hati Aiman menerima hakikat. Dia tidak pernah menaruh perasaan pada Nurul, namun ibu bapa mengatur semua. Jika melawan takut menjadi anak derhaka. Dia kini berdoa, agar sahabatnya mendapat zaujah yang lebih baik daripada nurul.

"Aisar, telefon kau bunyi tu."
"Oh, sorry"
Telefon dicapai. Butang hijau ditekan bagi menjawab panggilan. Talian kini dihubungkan.

"Assalamualaikum umi, ada apa ni? "
"Waalaikumussalam Aisar, pasal Nurul ni!"
"Kenapa dengan dia?"
"Nurul kena culik. Penculik tu telefon mak bapak Nurul tadi. Diorang nak duit tebusan RM 150000."
"Nurul kena culik?! Diorang suruh hantar kat mana?"
Aiman terdengar perbualan Aisar. Hatinya gelisah. Nurul diculik? Tangannya digenggam kemas. Renungan matanya kini berubah. Dia cuba mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

"Aisar, diorang ada kat mana?"
"Gudang lama dekat dengan jalan permata. Diorang suruh bawa 150 Ribu. "
"Tak payah ikut. Lepas kau bagi je duit tu, diorang mesti akan bunuh kita, sebab diorang nak hapuskan bukti"
"Habis tu macam mana? "
"Jom pergi. Kau bawak je aku. Aku tahu apa nak buat."
"Man... "
"Dah. Jom gerak."

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular